Cadangan Pekerja Bergaji Rendah Terima Kadar Caruman KWSP Lebih Tinggi

Difahamkan cadangan ini membantu simpanan persaraan pekerja berpendapatan rendah dengan lebih cepat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Sabah Media

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu distruktur secara progresif

Cadangan tersebut ialah majikan mencarum lebih tinggi untuk pekerja berpendapatan rendah dan kadar leibh rendah bagi golongan berpendapatan tinggi. Cadangan ini adalah untuk mempercepat pembentukan simpanan persaraan pekerja bergaji rendah.

Menurut laporan daripada Berita Harian, cadangan ini diusulkan oleh Pengerusi Axiata Group Bhd, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan mengatakan pendapatan ini menjadi sebahagian daripada dasar gaji progresif untuk mengalihkan pembentukan simpanan daripada pekerja berpendapatan tinggi kepada golongan berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, majikan boleh mencarum sekitar 15 hingga 16 % bagi pekerja berpendapatan kurang RM5,000, manakala caruman majikan bagi pekerja berpendapatan lebih RM10,000 diturunkan kepada sekitar empat peratus.

SAYS.com

Pengerusi Axiata Group Bhd, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan

Image via Berita Harian

Membantu simpanan persaraan pekerja berpendapatan rendah dengan lebih cepat

Motif utama cadangan ini adalah membantu mempercepatkan dan meningkatkan simpanan pekerja berpendapatan rendah.

"Ini membantu membina simpanan persaraan pekerja berpendapatan rendah dengan lebih cepat dan ia bersifat progresif kerana membolehkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan simpanan mereka.

"Pada masa sama, bagi mereka yang sudah berpendapatan lebih RM10,000, kita tahu mereka sudah berada di landasan yang baik untuk mencapai perancangan kewangan persaraan, jadi kadar caruman mereka boleh dihadkan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut beliau, pendekatan ini boleh mengurangkan beban kepada perniagaan kerana peningkatan caruman bagi pekerja berpendapatan rendah diimbangi dengan pengurangan kadar caruman bagi pekerja berpendapatan tinggi.

Namun begitu, perubahan ini perlu dikaji dari segi kesan kepada ekonomi, pekerja dan majikan sebelum dilaksanakan.

Pekerja dalam ekonomi gig juga memerlukan mekanisme perlindungan persaraan kerana platform gig tidak mencarum kepada pekerja seperti dalam pekerjaan formal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: