Wisma Putra Masih Belum Terima Maklum Balas Indonesia Isu Kebakaran – Fahmi Fadzil

Difahamkan, tiga acara besar di Malaysia hujung minggu ini tetap akan diteruskan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Reuters

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wisma Putra masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia behubung bantuan aset Malaysia untuk memadam kebakaran di wilayah negara berkenaan

Menurut laporan daripada Harian Metro, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengatakan perbincangan mengenai pemadaman kebakaran telah dibincangkan susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia untuk bertemu dengan Presiden Indonesia, Probowo Subianto.

"Pada ketika ini, Wisma Putra belum lagi menerima maklum balas daripada nota yang sudah dihantar oleh Wisma Putra kepada pihak Indonesia.

"Jadi kita masih mengikut saluran rasmi dan juga perbincangan secara langsung dan terus di antara pimpinan utama,"
katanya.

Fahmi menambah, Ahmad Zahid juga membangkitkan isu aset Malaysia yang boleh digunakan untuk membantu memadam kebakaran di wilayah Indonesia.

SAYS.com
Image via Reuters

Tiga acara besar terpaksa berlangsung dalam keadaan jerebu dan cuaca panas

Tiga acara besar bakal berlangsung hujung minggu ini di Malaysia dan telah pun dijadual berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober iaitu Le Tour de Langkawi, Bahrain F1 Malaysia dan Standard Chartered Marathon.

Ketiga-tiga acara ini diselia oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Bagi pihak kerajaan yang menguruskan F1, pihak KBS menyatakan akan meneruskan. Belum ada apa-apa makluman sebaliknya," katanya.

Image via F1 Fansite

F1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sebelum ini mengumumkan GP Bahrain 2026 akan berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini menerusi kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.

SIC kali ini menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017 dan pernah digugurkan dalam kalendar F1 akibat peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: