Masalah Kekurangan Doktor Di Sabah & Sarawak, Ramai Didakwa Tidak Hadir Lapor Diri

Ramai doktor mengelak bertugas di Sabah dan Sarawak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Threads

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa hospital di Sabah dan Sarawak berdepan masalah kekurangan pegawai perubatan (MO) selepas tiada doktor baharu

Perkara ini didakwa apabila tiada yang melaporkan diri bagi pengambilan jawatan tetap.

Dilaporkan oleh Berita Harian, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mendedahkan jumlah sebenar MO yang tidak hadir melapor diri.

Tetapi dakwaan ketidakhadiran pegawai perubatan dari penempatan masing-masing didedahkan oleh beberapa pengguna Threads.

Pengguna itu mendedahkan Hospital Kanowit, Sarawak, tidak menerima seorang MO yang melapor diri, menyebabkan hanya tiga MO sahaja mengendalikan seluruh fasiliti itu.

Hospital Miri pula 35 MO melapor diri bagi pelantikan tetap, tetapi 16 adalah MO baharu dan selebihnya hanya kontrak yang sudah berkhidmat.

Seorang doktor memberitahu bahawa jabatan pediatrik hanya menerima dua MO baharu sahaja untuk bulan ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Menteri Kesihatan memaklumkan 4,500 MO kotrak ditawarkan pelantikan

Data KKM sebelum ini menunjukkan jumlah MO yang tidak melaporkan diri bagi pelantikan tetap telah meningkat kepada 78 orang daripada jumlah keseluruhan 3,215 pada tahun 2022 kepada 1,118 orang daripada 5,489 tawaran pada 2023.

Pengerusi Persatuan Perubatan (MMA) Sabah, Dr Brandon Patrick Senagang telah mengesahkan 138 MO dijadualkan untuk melapor diri hanya 47 melapor diri.

Hospital Keningau dilaporkan tidak menerima seorang pun MO pada Isnin lalu.

Fasiliti di Sabah kini mempunyai kurang daripada 10 MO untuk setiap jabatan merangkumi pembedahan (5), perubatan (8), ortopedik (6), dan pediatrik (6).

Hospital Beluran juga dilaporkan tidak menerima penambahan doktor selepas tiada yang hadir melapor diri.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Hanya 6 doktor mengendalikan keseluruhan fasiliti termasuk jabatan kecemasan, wad, pesakit luar, rujukan, pemindahan dan pengiring ke hospital lain.

Hospital Sipitang juga mengalami situasi sama dimana fasiliti hanya mempunyai lapan MO sahaja.

Pejabat Kesihatan Bahagian Kudat menerima 17 penempatan doktor bagi jawatan tetap dan hanya empat MO melapor diri.

Hospital Ranau pula hanya mempunyai enam MO apabila tiga doktor menolak tawaran pelantikan tetap dan hanya seorang melapor diri Isnin lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: