Akhirnya Terjawab Persoalan Siapa Suara Disebalik Video Zikir Tidurkan Anak Menangis

Ramai rupa-rupanya tidak tahu siapa.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Boleh dikatakan ramai ibu bapa dalam Malaysia pernah memasang video ini untuk anak menangis mendengar

Video ini telah dimuat naik oleh @neuroticstudio di YouTube berdurasi 1 jam sebagai zikir untuk mententeramkan anak yang sedang menangis atau susah tidur.

Zikir tersebut telah mencapai 173 ratus juta tontonan di YouTube dan telah meraih 573 ribu likes dan lebih 6,500 komen.

Ramai ibu bapa di komen memuji keberkesanan dan alunan zikir yang telah menenangkan anak-anak mereka.

Baru-baru ini di Threads, satu video telah dikongsikan dimana akhirnya sudah terjawab rupa dan siapakah orang yang menjadi suara disebalik zikir tersebut.

"Dah jumpa!!! Suara abang ni rupanya, baby dalam video kat yt tu mesti dah besar kan," kata @Rusydi Rosli di Threads.

SAYS.com
Image via Neurotic Studio

Jadi siapakah orang yang berada di sebalik suara ini?

Zikir tersebut dialunkan oleh Halim Ahmad seorang penyanyi dan penerbit lagu-lagu nasyid di Malaysia.

Halim sendiri pernah menghasilkan ratusan karya termasuk lagu, zikir, selawat dan paling misteri dan mungkin tidak disedari video Zikir Tidurkan Anak Menangis (Lullaby For Babies).

SAYS.com

Halim Ahmad

Image via Harian Metro

Neurotic Studio pula adalah sebuah syarikat yang menguruskan karier muzik beliau, penerbitan lagu, album, rekabentuk grafik dan video.

Lebih mengejutkan, baru-baru ini beliau telah dianugerahkan trofi Lagu Nasyid Terbaik 2026 di Anugerah Industri Muzik 2025 dengan lagu nasyid berjudul 'Fitnah Akhir Zaman'.

SAYS.com
Image via Devotees (Wikipedia)

Halim Ahmad telah menubuhkan kumpulan nasyid Devotees bersama 3 rakan lain pada tahun 2004 dan telah dianugerahkan Anugerah Nasyeed Perjuangan, Top 5 Finalis Anugerah Lagu Nasyid Terbaik AIM 18 dan semi finalis Program Gema Gegar Vaganza 2018.

Gambar bayi yang telah menjadi thumbnail untuk video tersebut juga adalah anak perempuan Halim sendiri yang kini sudah bersekolah.

SAYS.com

Halim bermain gitar sambil anaknya menyanyi lagu viral" IBU BILANG PAKAI INI DULU BIAR MEREKA MAU MAIN"

Image via @halimofficial (Threads)

Ramai ibu bapa bersyukur dan memuji keberkesanan video zikir tersebut

Majoriti ibu bapa terutamanya di Malaysia mengaku mereka pernah memasang video zikir itu untuk anak mereka. Ramai memberitahu zikir tersebut sudah banyak kali dipasang sehingga tidak terkira.

"Saya salah sorang views. Berape kali tu tak terkira rasanya"

"Saya yakin dalam 173 juta views tu, saya sumbang sekurang-kurangnya 500 views"

"Dari anak saya lahir sampai dah 5 tahun hari hari buka zikir nie tiap malam , dengan makpaknya sekali tertidur"

"Terima kasih abang, tolong saya tidurkan anak. Sekali saya sendiri tertidur."

"Banyak pahala dia. Rasanya memang semua yang ada bayi pernah buka zikir ni."

Ada ibu bapa yang mengatakan anak mereka sehingga tidak mahu lagi mendengar zikir versi lain hanya versi Halim Ahmad sahaja.

"Dulu anak sulung zikir ni dia nak dengar bagi tidur. Zikir lain auto terjaga."

"Baby saya tak nak versi lain, nak suara yang ini juga, buka lain tak tidur pun. Buka yang ni tak sampai 10 minit dah selamat"

Halim Ahmad kini seorang YouTuber berjaya dan menjadi satu-satunya artis nasyid yang sentiasa menghasilkan video muzik dalam kelas tersendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: