"Semakin Berani" - Dolla Tampil Cabar Diri Dalam Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37
Mampukah mereka mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 37?
Pernah dikecam kerana disamakan dengan kumpulan K-Pop yang terkenal iaitu BLACKPINK
Dolla sering dikatakan tiada identiti tersendiri. Malah, tarian mereka seolah-olah dianggap meniru gaya tarian grup K-Pop.
Tambahan pula, mereka sering dikaitkan dengan kontroversi penampilan seksi yang membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati dan meninggalkan komen-komen negatif.
Mereka juga pernah dibandingkan dengan penyanyi K-Pop yang datang ke Malaysia kerana pakaian mereka lebih seksi berbanding dengan penyanyi luar negara.
Wajah Dolla muncul di billboard digital New York Times Squares
Meskipun seringkali menerima kecaman daripada netizen, namun mereka telah membawa nama negara ke persada antrabangsa.
Buat pertama kali wajah mereka pernah muncul di billboard digital New York Times Square sempena kempen Equal oleh platform penstriman digital Spotify. Pencapaian ini, dapat membuka peluang untuk mereka meluaskan bakat ke persada antarabangsa.
Malah, disebabkan sudut pandangan negatif netizen juga, ia telah membuatkan mereka berani untuk tampil ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 sebagai pendatang baru.
Mampukah Dolla mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) buat pertama kalinya?
Jangan terlepas untuk saksikan 30 buah lagu yang akan bersiaran langsung di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada 25 dan 26 November ini, Jumaat dan Sabtu, jam 3 petang di TV3.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!