Sempena 40 Tahun QuickSnap, FUJIFILM x atmos Lancar Instax Pal 2 & Link WIDE 2 Baharu
Kolaborasi ini turut memperkenalkan lagi dua model peranti fotografi terbaharu iaitu QuickSnap Black and White dan QuickSnap Active.
Cover image via FUJIFILM MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua jenama gergasi, FUJIFILM dan atmos, memperkukuh persimpangan antara budaya fotografi dengan fesyen jalanan menerusi pelancaran kempen kolaborasi khas bertajuk "Street in Focus" bertempat di outlet atmos Mid Valley Megamall baru-baru ini
Program pengambilalihan ruang (in-store takeover) yang berlangsung dari 5 hingga 25 Oktober 2026 ini dianjurkan khas bagi meraikan ulang tahun ke-40 kamera filem sekali guna ikonik, FUJIFILM QuickSnap™.
Pada masa sama, kolaborasi ini turut dijadikan medan pelancaran tempatan bagi dua peranti fotografi generasi baharu iaitu kamera kanta digital kompak instax Pal 2™ serta pencetak telefon pintar instax Link WIDE 2™.


Menerusi pengisian kempen ini, pengunjung berpeluang menyaksikan Galeri Foto Komuniti menerusi pameran "Capture Your City: Kuala Lumpur Edition" yang menampilkan karya lebih 50 peserta tempatan yang merakam suasana ibu kota dari pelbagai perspektif.
Pameran itu turut mempamerkan kolaborasi edisi terhad eksklusif FUJIFILM x atmos sempena ulang tahun ke-40 QuickSnap™.
Inovasi produk dan pengenalan model baharu
Kolaborasi ini turut memperkenalkan empat model peranti fotografi terbaharu bagi memenuhi kehendak peminat fotografi analog mahupun digital:
- QuickSnap Black and White™ (RM118): Kamera sekali guna edisi khas yang menghasilkan cetakan foto hitam putih berteraskan penekanan kontras dan tekstur tanpa tetapan rumit, mula dijual sejak 15 September 2026.
- QuickSnap Active™ (RM118): Model filem sekali guna kalis air yang mampu bertahan sehingga kedalaman 10 meter, direka khas untuk aktiviti pantai, kolam renang, dan pengembaraan luar.

- instax Pal 2™ (RM648): Kamera kompak gaya analog dengan kebolehan digital yang dilengkapi 30 kesan foto terbina, fungsi penciptaan instax Animation™, serta pautan terus ke pencetak instax Link. Pra-pesanan bermula pada 5 Oktober 2026 disertakan bersama kantung kamera eksklusif instax x atmos.
- instax Link WIDE 2™ (RM748): Pencetak telefon pintar format lebar yang dilengkapi ciri Photo Mixer™ dalam aplikasinya untuk menggabungkan sehingga enam foto gaya poskad. Dilancarkan sejak 29 September 2026, setiap pembelian didatangkan bersama satu pek filem WIDE (10 keping) berserta pek tambahan percuma bagi pembeli awal.
Menerusi gabungan estetika jalanan atmos dan teknologi visual FUJIFILM, inisiatif ini membuka ruang kepada komuniti kreatif tempatan untuk mengekspresikan identiti diri serta merakam detik budaya urban secara bebas. Maklumat lanjut mengenai siri kempen boleh didapati menerusi outlet atmos Mid Valley Megamall.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


