Semua 50 Cawangan Pos Shop Seluruh Negara Kini Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi
Walau bagaimanapun, Pos Malaysia tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai sebab semua cawangan Pos Shop ditutup secara serentak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas kira-kira tiga tahun mencuba konsep baharu, Pos Malaysia mengumumkan penutupan kesemua 50 cawangan Pos Shop di seluruh negara yang berkuat kuasa 15 Julai 2026

Menurut laporan Berita Harian, pengumuman itu sekali gus menamatkan operasi rangkaian kedai serbaneka yang sebelum ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelan transformasi syarikat bagi menawarkan pengalaman lebih moden kepada pelanggan.
Dalam satu kenyataan, Pos Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menyokong Pos Shop sepanjang ia beroperasi.
Walaupun Pos Shop ditutup sepenuhnya, syarikat itu memberi jaminan bahawa perkhidmatan utama seperti penghantaran surat dan bungkusan masih berjalan seperti biasa menerusi pejabat pos berhampiran, ejen sah serta platform digital.
Bermula dengan idea jadikan pejabat pos sebagai hab komuniti

Bagi yang mungkin dah terlupa, Pos Shop mula diperkenalkan pada Mei 2023 dengan pembukaan cawangan pertama di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).
Konsepnya agak unik apabila ia menggabungkan perkhidmatan pos dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan keperluan harian, makanan dan minuman serta produk gaya hidup. Malah, beberapa lokasi turut menampilkan konsep Pos Kafe.
Ketika dilancarkan, Pos Malaysia berharap konsep itu mampu memanfaatkan rangkaian pejabat pos sedia ada, meningkatkan pengalaman pelanggan serta membuka sumber pendapatan baharu kepada syarikat.
Dalam tempoh beberapa tahun, rangkaian tersebut berjaya berkembang sehingga memiliki 50 cawangan di seluruh negara.
Sebab penutupan tidak didedahkan namun operasi harian Pos Malaysia masih berjalan seperti biasa
Walau bagaimanapun, Pos Malaysia tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai sebab semua cawangan Pos Shop ditutup secara serentak.
Apa yang pasti, penutupan ini hanya melibatkan operasi Pos Shop dan tidak menjejaskan perkhidmatan teras Pos Malaysia.
Jadi, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran surat, bungkusan serta urusan pos lain di pejabat pos berhampiran, outlet ejen sah dan menerusi saluran digital seperti biasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via