Semua Program Libatkan Penceramah Tular Diarah Henti Serta-Merta – Menteri Pendidikan

Difahamkan, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Berita RTM

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua program yang melibatkan seorang penceramah bebas diarahkan dihentikan serta-merta susulan dakwaan tular mengenai perlakuan tidak wajar terhadap pelajar

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum mengenai beberapa dakwaan melibatkan penceramah berkenaan yang sebelum ini pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek

Image via Sinar Harian

"Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid.

"Saya telah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.

"Berhubung perkara ini, saya menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan kepada pihak polis,"
katanya.

Kenyataan berkenaan dipercayai berkait dengan dakwaan yang tular di media sosial, termasuk dakwaan bahawa individu terbabit terlibat dalam perlakuan pedofilia dan menjadikan pelajar sebagai mangsa

Fadhlina berkata, laporan kepada pihak berkuasa amat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan serta sokongan yang sewajarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan murid perlu dipandang serius dan diteliti, selain keselamatan anak-anak di bawah jagaan sekolah tidak boleh dikompromi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: