seismik

[SHARE] 5 Jenis Perempuan Yang Lelaki Susah Nak 'Date'. Terutamanya Nombor 4

Kepada para lelaki di luar sana, berdoalah agar anda dijauhkan daripada mereka ini.

Cover image via youtube.com

Perhatian kepada para wanita, jika ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda, ia mungkin bukan sebab si dia. Boleh jadi andalah yang menjadi punca sebenar. Contohnya jika anda mempunyai lima sifat seperti dalam senarai di bawah:

Image via nocookie.net

1. Terlalu dominasi dan rasa diri macam bos

Image via tumblr.com

Dia yang membuat keputusan tentang pakaian yang teman lelakinya patut pakai, apa yang perlu mereka makan, ke mana nak pergi, dengan siapa nak bergaul dan macam-macam lagi. Barangkali dia juga yang akan menggali kuburnya sendiri nanti. Jika pasangannya memberitahu untuk memberi sedikit kebebasan, dia enggan.

Mungkin baginya, sifat dominasi ini adalah normal. Akibatnya, dia sama ada akan sentiasa diabaikan oleh pasangan atau terus ditinggalkan begitu sahaja.

2. Asyik menangis, menangis dan menangis

Image via mtvnimages.com

Sebaik sahaja pergaduhan bermula, dia mula menumpahkan air mata dengan deras. Dalam kes ini, pasangannya akan rasa keliru dan takut, dan akan melakukan segala-galanya untuk mendapatkan semula senyuman pada wajahnya.

Tetapi, "drama" air mata tetap diteruskan dari masa ke semasa sehingga membuatkan si dia berasa ditipu dan dimanipulasi. Segala yang terjadi pasti melibatkan tangisannya yang begitu menjengkelkan. Sememangnya, kebanyakan wanita 'cry-baby' seperti ini lebih cenderung untuk ditinggalkan lelaki. Ingat, tahap kesabaran lelaki juga ada hadnya.

3. Jadi pencetus kepada segala benda

Image via tumblr.com

Sifat ini agak berlainan sedikit dengan sifat dominasi. Wanita dalam kategori ini selalunya suka memulakan sesuatu, malah dia lah yang memulakan langkah pertama dalam perhubungan. Dia juga yang membuat keputusan dengan lelaki mana dia mahu adakan hubungan. Bukan menunggu lelaki untuk "masuk line".

Hatinya pula keras seperti batu dan sukar untuk bertoleransi. Pada masa yang sama, dia juga mudah untuk bertukar haluan dan tiba-tiba saja membuat keputusan untuk mengakhirkan suatu hubungan tanpa berbincang. Pasangannya akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang ucapan selamat tinggal.

4. Bersifat posesif

Image via imgur.com

Soalan seperti "Awak kat mana?" atau "Kenapa tak angkat call saya?" atau "Awak dengan siapa tu?" adalah antara contoh soalan yang selalu ditanya wanita posesif. Ke mana saja pasangannya pergi atau apa jua aktiviti yang pasangannya ingin lakukan, pasti dia ingin tahu secara terperinci.

Dia juga kerap memeriksa handphone teman lelakinya dan sentiasa ingin dekat dengannya selagi boleh. Apabila rasa terperangkap, lelaki tidak akan mengambil masa yang lama untuk memutuskan hubungan. Dan akhirnya, hanya tangisan dan penyesalan yang menemani dirinya.

5. Terlalu obses dengan idola

Image via tangomag.com

Tidak ada salahnya dan bukan satu jenayah untuk menjadi peminat setia bintang filem atau personaliti sukan atau mana-mana selebriti terkenal sekalipun. Tapi dalam hal ini, ia sangat berbeza.

Dia bukan sahaja peminat nombor, tetapi dia taksub! Dia mempunyai teman lelaki, tetapi pada masa yang sama, dia meletakkan harapan tinggi bahawa satu hari nanti idolanya itu akan melamarnya. Dia juga suka membanding-bandingkan pasangannya dengan bintang pujaannya itu.

Jelas sekali dalam situasi ini, dia sebenarnya tidak menghargai dan tidak ikhlas dalam menjalinkan hubungan bersama pasangannya. Hasilnya, dia akan ditinggalkan.

Adakah anda termasuk dalam salah satu senarai di atas?

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: