seismik

[SHARE] 7 Perkara Saintifik Yang Berlaku Setiap Kali Anda Dilamun Cinta

"Datang mendekat datang merapat, jangan malu denganku, ku tahu engkau mahu."

Cover image via malaysiandigest.com

Apa itu cinta pandang pertama dan apa sebabnya?

Memang susah nak terangkan apa itu cinta pandang pertama sebab tiada siapa yang dapat menerangkan sebenar-benarnya macam mana rasanya apabila jatuh cinta.

Walau bagaimanapun, seorang penyelidik telah menjalankan satu kajian dan beliau mengenal pasti sebab kenapa kita menjadi tidak tentu arah ketika dilamun cinta

Penulis Neuroimaging of Love: fMRI Meta-Analysis Evidence toward New Perspectives in Sexual Medicine, Dr Stephanie Cacioppo telah membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku di dalam otak kita apabila kita jatuh cinta.

Image via Giphy

Hasil kajian mendapati bahawa 12 bahagian pada otak akan melepaskan tindak balas kimia dan hormon, dan tindak balas itulah yang mewujudkan perasaan jatuh cinta. Biar betul?

Tindak balas kimia dan hormon yang berlaku boleh membuatkan seseorang itu jatuh cinta dalam masa hanya 5 saat sahaja!

Dan perasaan jatuh cinta ini mempunyai kesan tindak balas yang sama apabila seseorang itu sedang khayal di bawah pengaruh dadah.

Akibatnya, ia akan menjadikan seseorang itu berasa gementar, bertukar suara menjadi halus secara tiba-tiba, mula memikirkan yang bukan-bukan dan menjadi gelisah.

Image via Gifs & Such

Menurut sains, perasaan cinta merangkumi 4 dimensi berbeza yang mungkin ramai tidak tahu

Dr Cacioppo menjelaskan bahawa perasaan cinta itu mempunyai banyak maksud.

Dari segi sains, cinta adalah naluri dan emosi.

Tetapi pada masa yang sama cinta merupakan emosi psikologi dan mental yang kompleks yang merangkumi 4 dimensi iaitu tindak balas, pengenalan, keutamaan, dan perasaan untuk bersama seseorang.

Macam mana nak tahu jika ia adalah cinta pandang pertama ataupun sekadar keseronokan semata-mata?

Sains menerangkan bahawa keinginan seseorang boleh dijelaskan melalui frekuensi fikiran seksual yang meningkat, sama ada secara spontan atau tidak.

Perasaan ghairah ini memberi kesan yang sama kepada aktiviti otak iaitu dari segi tindak balas, pengenalan dan keutamaan.

Image via Wiffle GIF

Jadi, apa yang membezakan cinta pandang pertama dengan perasaan ghairah ini?

Menurut sains, selain tindak balas, pengenalan, dan keutamaan, perasaan cinta mempunyai satu dimensi tambahan, iaitu perasaan untuk bersama dengan seseorang.

Dalam erti kata lain, cinta adalah apabila anda rasa anda mahu hidup bersama si dia.

Tetapi, macam mana cinta boleh buat seseorang itu tidak tentu arah? Ini penjelasannya:

Dr. Cacioppo berkata cinta itu berkait rapat dengan aktiviti otak yang melepaskan dopamine iaitu tindak balas otak yang membuat seseorang itu menjadi gembira.

Tindak balas ini selalunya berfungsi sebagai sesuatu yang memberi motivasi kepada seseorang, perasaan puas hati atau ganjaran, dan penyebab kepada tabiat seseorang itu.

Dari sudut pandang ini, cinta dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Apa kaitannya pula cinta dengan degupan jantung?

Dr. Cacioppo berkata, jantung akan berdegup kencang apabila dilamun cinta kerana, "cinta adalah sesuatu yang mempunyai kuasa dari segi psikologi, dimana perasaan cinta itu sendiri mampu menyebabkan seseorang itu berasa gementar, meningkatkan degupan jantung, hilang selera makan, dan menyukarkan seseorang itu untuk tidur malam."

Image via Tumblr

Dan kenapa cinta boleh menjadikan seseorang itu seperti dibawah pengaruh dadah?

Beliau menerangkan bahawa perasaan cinta itu tidak begitu sama dengan pengaruh dadah kerana apabila seseorang itu jatuh cinta, mereka masih dapat merasakan emosi, ganjaran dan masih lagi dapat membuat keputusan yang waras.

Jadi, menurut beliau, cinta adalah sesuatu yang tertanam jauh di dalam hati manusia. Walaupun cinta mengakibatkan seseorang itu seolah-olah di bawah pengaruh dadah, ia bukanlah satu ketagihan.

Image via Tumblr

Pernahkah anda dilamun cinta? Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan anda telah jatuh cinta, beserta penjelasan dari sudut saintifik.

1. Anda menjadi tidak tentu arah dan jantung anda berdegup kencang

Image via ReplyGIF.net

Menurut sains, tahap hormon anda meningkat apabila anda berada berdekatan dengan orang yang anda sukai dan ia menyebabkan seluruh badan anda menjadi tertarik dengan orang tersebut.

2. Anda tidak dapat berhenti daripada memikirkan tentang si dia

Image via Tumblr

Apabila anda jatuh cinta, tahap hormon serotonin (yang membantu memberi ketenangan) menurun dan itu menyebabkan seseorang itu tidak berhenti berfikir tentang si dia.

3. Anda rasa si dia sangat lengkap dan sempurna serta langsung tiada cacat cela

Image via Tumblr

Ia bukanlah sesuatu yang tidak elok. Kajian pernah menyatakan bahawa orang yang pandai menghargai orang lain lebih gembira dengan hubungan cinta mereka.

4. Tahap cortisol atau hormon stress meningkat

Image via Pop Sugar

Juga dikenali sebagai hydrocortisone, ia adalah hormon yang dilepaskan apabila seseorang itu sedang stress. Memang tidak dinafikan yang kadang-kadang cinta itu boleh menyebabkan seseorang itu tertekan.

5. Anda menjadi sangat riang dan bersemangat secara tiba-tiba, malah anda langsung tidak rasa mengantuk dan lapar

Hormon dopamine menyebabkan seseorang itu menjadi kemaruk cinta sehingga menghilangkan selera makan.

6. Anak mata anda menjadi besar dan bulat

7. Tetapi lama-kelamaan, semua hormon tersebut akan kembali menjadi normal

Kira-kira satu tahun selepas jatuh cinta, tahap serotonin anda akan kembali normal.

Yang mana satukah bahasa cinta anda?

You may be interested in: