seismik

[SHARE] Bagaimana Cikgu SMK La Salle Ini Tersenarai Sebagai 50 Guru Terbaik Di Dunia

Satu pencapaian hebat bagi seorang guru dari Malaysia, Yasmin Noorul Amin.

Cover image via SAYS.com

Perkenalkan, Cikgu Yasmin Noorul Amin, seorang guru subjek Kimia

Cikgu Yasmin Noorul Amin.

Image via SwitchUp.tv

Cikgu Yasmin telah mengajar subjek Kimia selama 11 tahun, dua tahun pertama di SMK Kampung Jambu, Taiping dan kini mengajar di SMK La Salle, Petaling Jaya

Cikgu Yasmin merupakan seorang guru Kimia di SMK La Salle, Petaling Jaya.

Image via SwitchUp.tv

Apa yang menarik tentang Cikgu Yasmin? Beliau telah disenarai pendek sebagai 50 guru terbaik di dunia oleh globalteacherprize.org, satu pencapaian yang memberangsangkan bagi Malaysia.

Sebelum berkhidmat sebagai guru Kimia, beliau merupakan seorang jurutera. Pengalamannya bekerja sebagai jurutera ternyata banyak membantu beliau dalam bidang perguruan.

Cikgu Yasmin merupakan seorang jurutera sebelum ini.

Image via thestar.com.my

Yasmin mempunyai ijazah dalam bidang Industri Kimia dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang guru kimia. Beliau percaya guru seharusnya mempunyai keupayaan tinggi dan pengetahuan dalam mata pelajaran mereka. Latar belakang beliau sebagai seorang jurutera membolehkan dia memasukkan aplikasi dunia sebenar dan pengalaman ke dalam pelajaran beliau di SMK La Salle, Petaling Jaya.

globalteacherprize.org

Pada tahun 2008, Kerajaan Malaysia mengiktiraf sumbangan Cikgu Yasmin dengan Anugerah Kecemerlangan dan beliau kini dilantik sebagai jurulatih pengajaran subjek Kimia untuk negeri Selangor

Beliau pernah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2008.

Image via SwitchUp.tv

Beliau turut memberikan kelas bimbingan dalam Bahasa Inggeris dan melibatkan pelajarnya dalam 'study camps' untuk mengajar mereka kemahiran tambahan yang sangat berguna untuk kerjaya masa depan mereka. Beliau juga membawa pelajarnya bersiar-siar ke luar sekolah, mengadakan perbincangan mingguan tentang isu dunia semasa bagi menjadikan mereka warga global dan membolehkan mereka untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Cikgu Yasmin menggunakan media sosial dan mentor dalam membantu para pelajarnya membuat persediaan untuk peperiksaan akhir. Mana-mana pelajar cemerlang beliau dikehendaki melakukan eksperimen kimia di perhimpunan sekolah dan juga di sekolah-sekolah lain bagi menarik minat golongan pelajar yang lebih muda dalam mata pelajaran tersebut.

globalteacherprize.org

'Global Teacher Prize' adalah satu anugerah berprestij di mana wang tunai satu juta dolar akan diberikan kepada hanya SEORANG guru cemerlang dari seluruh dunia setiap tahun

Barisan finalis akan diadili berdasarkan satu set kriteria yang ketat bertujuan untuk mengenal pasti guru luar biasa yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada profesion mereka.

Maklumat lanjut di sini.

globalteacherprize.org

Pemenang 'Global Teacher Prize' akan diumum pada Forum Pendidikan dan Kemahiran Global di Dubai pada 16 Mac 2015 Ini

10 teratas akan diumum pada pertengahan bulan Februari 2015. Pemenang 'Global Teacher Prize' akan diumum pada Forum Pendidikan dan Kemahiran Global di Dubai pada 16 Mac 2015.

globalteacherprize.org

Ketahui lebih lanjut tentang Cikgu Yasmin dan apa yang membuat beliau layak mendapat tempat dalam senarai 50 guru terbaik di dunia melalui video di bawah:

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Yasmin. Bak kata beliau, "Satu penghormatan apabila tersenarai sebagai 50 guru terbaik di dunia. Saya sudah menganggap ini sebagai satu kemenangan untuk diri saya." Semoga terus sukses di masa hadapan!

Cikgu Yasmin bergambar di hadapan SMK La Salle.

Image via SwitchUp.tv

Lagi kisah rakyat Malaysia yang mengharumkan nama negara hanya di SAYS:

You may be interested in:

Leave a comment