SHARP & ALPRO Pharmacy Lancar MIRAI Living, Gaya Hidup Lebih Sihat Buat Rakyat Malaysia
Kerjasama rentas industri yang dimeterai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat ALPRO baru-baru ini.
Cover image via SHARPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gergasi teknologi Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (SHARP) bersama rangkaian farmasi terkemuka ALPRO Pharmacy mengumumkan kerjasama strategik menerusi pelancaran inisiatif MIRAI Living, sebuah platform bersepadu yang dirangka bagi memupuk amalan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi gabungan inovasi pintar dan khidmat nasihat kesihatan profesional
Kerjasama rentas industri yang dimeterai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat ALPRO itu menggabungkan kekuatan teknologi peralatan rumah dan penyelesaian perniagaan SHARP bersama kepakaran klinikal barisan ahli farmasi, pakar pemakanan, serta pegawai dietetik ALPRO.
Perkataan 'MIRAI' yang membawa maksud masa depan dalam bahasa Jepun menjadi simbolik komitmen kedua-dua entiti bahawa masa depan yang sejahtera bermula daripada keputusan dan tabiat harian yang dibuat pada hari ini.
Inisiatif ini diperkenalkan tepat pada masanya susulan cabaran kesihatan awam negara yang kian membimbangkan.
Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 menunjukkan sebanyak 39.1 peratus rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas menghidap diabetes, manakala laporan NHMS 2023 pula mencatatkan kira-kira 15.6 peratus individu dewasa atau seorang bagi setiap enam orang di negara ini berdepan penyakit kronik berkenaan.
Senario ini menuntut langkah intervensi pencegahan awal yang lebih mudah diakses oleh orang ramai.

SHARP Malaysia dan Alpro Pharmacy berganding bahu menerusi MIRAI Living untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.
Image via SHARPMenerusi MIRAI Living, pelbagai program gaya hidup sihat bakal diserapkan ke dalam rutin persekitaran rumah, sekolah, pejabat, serta komuniti setempat
Antara pendekatan yang dirangka termasuk integrasi teknologi peralatan penyucian udara dan perkakasan penyediaan makanan sihat oleh SHARP bersama bimbingan nutrisi daripada ALPRO, inisiatif kesejahteraan pekerja di tempat kerja menerusi pengurusan pantri korporat yang sihat, serta perkongsian pendidikan kesihatan secara digital dan bersemuka.
Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia, Ting Yang Chung berkata, visi syarikat iaitu 'In Step With Your Future' menekankan pemanfaatan teknologi melangkaui penawaran produk fizikal semata-mata, dengan memainkan peranan sebagai pemudah cara akses maklumat serta membimbing komuniti membuat pilihan hidup yang tepat.
Pandangan tersebut disokong oleh Ketua Ahli Farmasi merangkap Pengarah Pengurusan Interaksi Pelanggan Kumpulan ALPRO, Lim En Ni yang menegaskan bahawa interaksi berterusan ahli farmasi bersama komuniti membolehkan keperluan kesihatan rakyat diterjemahkan kepada tindakan praktikal yang berkesan demi melahirkan masyarakat yang celik kesihatan.

Selangkah ke arah gaya hidup lebih sihat! SHARP Malaysia dan Alpro Pharmacy menggabungkan inovasi teknologi dan kesejahteraan melalui SHARP Low-Sugar Rice Cooker.
Image via SHARPLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


