Shuib Tampil Mohon Maaf Kepada Jep, Rayu Orang Ramai Agar Henti Kecam Keluarganya

Walau bagaimanapun, Jep sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib susulan fitnah yang tersebar sebelum ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu selepas kemelut antara mereka mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial

Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, berkata dia telah menghubungi Jep menerusi WhatsApp kurang 24 jam selepas pelawak itu membuat kenyataan pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, mesej tersebut dihantar bagi memohon maaf atas kekhilafan dirinya dan Mamat yang didakwa menyindir Jep ketika muncul dalam Dol's Podcast bersama Azlee Senario.

Shuib mengakui tempoh berkenaan amat sukar buat dirinya apabila berdepan pelbagai kecaman, hinaan dan kritikan yang turut melibatkan isteri, anak-anak, keluarga serta perniagaannya.

SAYS.com
Image via @shuibsepahtu (Instagram)

Dia turut menzahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku dan berharap persahabatan yang terjalin hampir 20 tahun itu tidak dilupakan begitu sahaja

Dalam permohonan maaf tersebut, Shuib mengenang kembali pengalaman susah senang serta kejayaan yang pernah dikecapi bersama Jep ketika mereka masih bergerak dalam kumpulan Sepah.

Pada masa sama, dia merayu orang ramai supaya menghentikan segala andaian, makian dan kecaman terhadap keluarganya yang disifatkan tidak bersalah dalam kemelut berkenaan.

SAYS.com
Image via @shuibsepahtu (Instagram)

Shuib turut menjelaskan bahawa perniagaan yang diusahakannya ketika ini merupakan sumber pendapatan keluarga, selain membantu melunaskan komitmen syarikat Bubble Bee.

Dia juga memaklumkan bahawa bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerjanya telah dibuat secara ansuran sejak Januari 2026, dengan baki pembayaran masih perlu diselesaikan.

Jep ambil tindakan undang-undang

Walau bagaimanapun, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib atas nasihat peguam.

Jep menegaskan isu berkenaan bukan sekadar berkaitan sindiran, sebaliknya melibatkan dakwaan fitnah terhadap dirinya.

Kemelut antara mereka sebelum ini kembali menjadi perhatian selepas Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap perkara yang dibangkitkan dalam sebuah podcast, termasuk isu berkaitan perjalanan kumpulan Sepah.

Jep turut mempersoalkan kenyataan yang didakwa boleh menjejaskan reputasinya dan meminta perkara tersebut dijelaskan secara terus.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: