"Siap Baring" - Niat Nak Buat Surprise Dekat Rakan, Wanita Malu Teruk Rupanya Salah Wad
Tutup muka kak!
Melawat orang sedang sakit sememangnya satu perkara yang baik
Ia sedikit sebanyak mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur kerana masih ramai yang tidak dapat melakukan kerja harian seperti kita.
Kebiasaannya, orang akan membawa buah-buahan atau memberikan beberapa kejutan untuk mereka ini. Iyalah, saja nak bagi mood mereka baik sebab lama di dalam wad betul tak?
Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila niat seorang wanita mahu memberi kejutan kepada rakannya bertukar menjadi lain.
Lihat video itu di bawah:
Baru nak surprise member sekali salah katil
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu pada awalnya ingin membuat kejutan kepada rakannya yang berada di dalam wad.
Difahamkan, pada masa itu pesakit tiada di katil membuatkan dia mengambil keputusan untuk duduk di situ kononnya mahu memberi kejutan.
Sedang asyik dia makan, tiba-tiba datang seorang wanita yang tidak dikenalinya. Rupa-rupanya dia tersalah wad dan itu bukan katil rakannya.
Situasi tersebut membuatkan dia merasa malu dan terus meminta maaf dan beredar.
"Sampai Ipoh rasa malu dia sis haha' - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 820.9K views, 52.4K likes dan 922 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!