seismik

"Simple & Tak Merepek" - Netizen Luah Rasa Bangga Dengan Tema & Logo Hari Kebangsaan 2020

Tema itu dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran serta dugaan Covid-19.

Cover image via Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia & KKMM

Setiap tahun, pastinya terdapat logo baru yang akan diperkenalkan untuk tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada umum

Begitu juga pada tahun ini, 'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi dalam satu kenyataan, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak, semalam.

"Tema sambutan tahun ini ialah 'Malaysia Prihatin'. 'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

"'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia," katanya.

Image via BERNAMA

Sibu turut diumumkan sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini

Menurut kenyataan itu lagi, terdapat empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini.

"Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September).

"Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.

"Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka, yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan," katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen di media sosial Facebook pula, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan tema dan logo baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan netizen mengenai tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu di Facebook:

Kalau anda juga setuju dengan tema dan logo Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini cantik. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan dan keluarga anda semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: