Selalu Terlelap Ketika Memandu? ‘Microsleep’ Dan Otak Tak Berfungsi Adalah Punca Utama
'Microsleep' berlaku dalam tempoh 1 hingga 30 saat.
Pernah atau tidak anda mengalami keadaan di mana anda tiba-tiba terlelap ketika sedang memandu?
Kami yakin pasti ramai di luar sana pernah mengalami masalah sebegini. Malah, sesetengah orang juga akan mengalami masalah ini setiap kali mereka memandu kenderaan di atas jalan raya.
Masalah ini dinamakan sebagai Sindrom Microsleep iaitu di mana keadaan badan 'tidur' buat seketika
Bagaimana ia boleh berlaku? Ia terjadi kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Microsleep berlaku dalam tempoh 1 hingga 30 saat.
Ia berlaku sewaktu anda sedang mengantuk dan terjadi hanya dalam sekelip mata. Bahkan, ia juga boleh terjadi sewaktu mata anda masih terbuka dan anda tidak akan sedar yang anda baru saja terhangguk.
Tanda-tanda anda mempunyai sindrom microsleep:
2. Terhangguk beberapa kali
3. Mata berkelip perlahan
4. Hypnic jerk
5. Tidak dapat mengingat apa yang berlaku beberapa minit lepas
Untuk pengetahuan anda, pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Bayangkan dalam jarak 20 meter, jika tidak bernasib baik nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Itu baru 70km/h, bagaimana pula dengan 100km/h? Anda kiralah sendiri.
Jadi, apakah sebab-sebab seseorang itu boleh mengalami sindrom microsleep?
Microsleep adalah disebabkan oleh mengantuk yang mana sering digabungkan dengan perbuatan yang membosankan (tidak aktif) seperti memandu atau menonton TV. Ia boleh berlaku bergantung terhadap tahap mengantuk anda itu.
Apabila kita merasa mengantuk, beberapa bahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun kita masih terjaga. Ia adalah fenomena yang dikenali sebagai tidur setempat dan ia menyebabkan berlakunya sleep deprivation. Oleh itu, pada dasarnya kita masih terjaga, tetapi otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.
Sleep deprivation adalah disebabkan sleep debt (hutang tidur). Ini kerana semakin lama anda berjaga, maka semakin banyak sleep debt yang anda perlukan. Semakin banyak sleep debt yang anda miliki, maka semakin mengantuklah anda dan lebih mudah tertidur.
Kata orang hutang nyawa dibayar denga nyawa. Begitulah juga dengan sleep debt. Hutang tidur hanya boleh dibayar dengan tidur. Tidur malam yang baik akan membayar semua hutang tidur anda, sementara tidur malam yang buruk hanya akan menggangu aktiviti anda keesokannya.