Sisa Terbakar Masih Jelas, Video Tanam Semula Sawit Di Indonesia Cetus Perdebatan
Bagaimanapun, berdasarkan video tersebut sahaja, punca kebakaran dan pihak yang bertanggungjawab masih belum dapat dipastikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketika beberapa negara di Asia Tenggara berdepan masalah jerebu akibat kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, sebuah video memaparkan aktiviti penanaman semula kelapa sawit di kawasan dipercayai bekas kebakaran di Indonesia mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

Menerusi video yang tular di media sosial itu, kelihatan aktiviti penanaman semula kelapa sawit dijalankan di kawasan tanah yang masih hitam dipercayai akibat kebakaran.
Keadaan tersebut mengundang perhatian ramai apabila kesan kebakaran masih jelas kelihatan di sekitar kawasan berkenaan, sedangkan jerebu akibat kebakaran hutan sebelum ini dilaporkan menjejaskan kualiti udara di beberapa negara jiran.
Netizen persoal kesan terhadap alam sekitar
Ruangan komen video berkenaan dibanjiri kritikan daripada pengguna media sosial yang mempersoalkan kesan pembakaran terhadap alam sekitar, hidupan liar serta kesihatan penduduk yang turut terkesan akibat jerebu.
Antara komen yang mendapat perhatian ialah:
"Negara lain makan asap, dia dah mula tanam semula".
Seorang lagi netizen menyifatkan perbuatan membakar kawasan hutan sebelum menjalankan aktiviti penanaman semula sebagai tindakan yang boleh membawa kemudaratan kepada alam sekitar.
Ada juga pengguna yang mempersoalkan tujuan pembakaran dilakukan sekiranya kawasan tersebut akhirnya digunakan untuk penanaman kelapa sawit.
Selain kesan terhadap alam sekitar, seorang netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktiviti yang didakwa menyebabkan kemusnahan hidupan liar dan kerosakan alam

"Hasil yang haram (fasad). Membunuh semua binatang dan menyebabkan kerosakan di bumi. Pendapatan daripada penanam sampai lah yang menjual semua haram sebab hasil daripada merosakkan alam sekitar," tulisnya.
Seorang lagi pengguna turut mempersoalkan keberkatan hasil tanaman sekiranya aktiviti tersebut mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
"Berkat ke makan dari hasil yang mendatangkan mudarat kepada ramai orang?" soalnya.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyindir tindakan membakar kawasan hutan sebelum aktiviti penanaman semula dijalankan.
"Konoha (Rakyat Indonesia) macam ni otak tak ada tu tujuan dia bakar hutan," tulis seorang lagi pengguna.
Bagaimanapun, berdasarkan video tersebut sahaja, punca kebakaran dan pihak yang bertanggungjawab masih belum dapat dipastikan.
Perkongsian berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai kesan pembakaran terbuka terhadap alam sekitar, khususnya apabila jerebu boleh merentasi sempadan negara dan menjejaskan kehidupan masyarakat di rantau ini.
Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via