Sisi Santai PMX, Nyanyi Lagu Klasik Hindi Di Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18
Bukan selalu dapat dengar PMX nyanyi ni, sporting lah!
Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi momen santai menyanyikan lagu Hindi klasik Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat yang dipopularkan penyanyi legenda, Kishore Kumar
Menerusi video yang dikongsi di Facebook, beliau dilihat berdiri di tepi sebuah piano sambil menyanyikan lagu berkenaan dengan iringan seorang lelaki yang memainkan alat muzik tersebut.
"Guru minta izin nyanyi kejap ok!," tulis beliau menerusi perkongsian itu.
Beliau turut dilihat menghayati nyanyian berkenaan sambil mengikuti alunan muzik piano yang dimainkan.

Momen tersebut ternyata mengundang perhatian rakyat Malaysia, dengan rata-rata terhibur dan meninggalkan komen lucu di video berkenaan
Ramai juga yang terhibur melihat sisi santai Perdana Menteri di sebalik kesibukan tugasan rasminya.
Difahamkan, beliau berkongsi momen berkenaan ketika berada di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18.
Antara komen menarik daripada warganet di Facebook:



Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


