Sistem Pendidikan Tingkatan Enam Masih Kekal Di Bawah Pengurusan KPM – Perdana Menteri
Walau bagaimanapun, pelajar perlu diberikan pengiktirafan sebagai kumpulan pascasekolah dan prauniversiti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sistem pendidikan Tingkatan Enam akan kekal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini
Perdana Menteri berkata, dalam masa yang sama akan ada usaha untuk memperkasakan identiti Tingkatan Enam sebagai program prauniversiti yang berasingan daripada aliran sekolah menengah.
Menerusi laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pelaksanaan semasa, khususnya membabitkan sistem pengurusan dan skim perkhidmatan guru, walaupun sebelum ini terdapat cadangan untuk meletakkan Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Buat sementara ini biar kekal dahulu di Kementerian Pendidikan kerana masalah sistem guru dan sebagainya. Kita boleh kaji semula selepas pelaksanaan untuk beberapa tahun akan datang.
"Kalau dirasakan perlu dalam keadaan yang sesuai, boleh diwujudkan kolej khas Tingkatan Enam, tetapi buat masa sekarang saya putuskan supaya prauniversiti Tingkatan Enam ini masih di bawah Kementerian Pendidikan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.
Image via BernamaWalaupun kekal di bawah KPM, pelajar perlu diberikan pengiktirafan sebagai kumpulan pascasekolah dan prauniversiti
Ianya adalah termasuk menempatkan pelajar Tingkatan Enam di blok berasingan serta mempunyai pengurusan dan disiplin sendiri.
Anwar berkata, pendekatan itu penting supaya pelajar Tingkatan Enam tidak lagi dilihat sebagai sebahagian daripada aliran sekolah menengah biasa, sebaliknya mempunyai identiti tersendiri sebagai laluan ke pendidikan tinggi.
"Jangan jadikan sebahagian daripada sekolah itu sentimen prauniversiti itu. Kalau dalam satu sekolah, Tingkatan Enam itu harus ada blok berasingan, mereka merasakan mereka ini betul-betul 'post-school' dan 'pre-university'," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada Malis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 Januari lalu, memaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi bermula tahun hadapan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via