Siti Aqilah Ukir Sejarah, Wanita Malaysia Pertama Raih Perak Angkat Berat Komanwel

Tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sekali lagi mempunyai sebab untuk berbangga apabila atlet angkat berat negara, Siti Aqilah Farhana Draman, mencipta sejarah di Sukan Komanwel Glasgow 2026

SAYS.com
Image via FMT

Menurut laporan BERNAMA, atlet berusia 20 tahun itu muncul sebagai wanita pertama Malaysia yang berjaya meraih pingat perak dalam acara angkat berat sejak sukan itu mula dipertandingkan untuk wanita pada edisi Manchester 2002.

Pada aksi final kategori +86 kilogram (kg) yang berlangsung di Scottish Event Campus Armadillo, Siti Aqilah mempamerkan persembahan cemerlang apabila melakukan angkatan keseluruhan 253kg.

Jumlah itu diperoleh menerusi 113kg dalam acara snatch dan 140kg bagi clean and jerk, sekali gus memastikan kedudukan kedua keseluruhan.

Pingat emas dimenangi wakil England, Emily Campbell, yang mencatat angkatan keseluruhan 278kg sambil memperbaharui rekod temasya. Sementara itu, atlet Kanada, Etta Mae Love, membawa pulang gangsa dengan angkatan 250kg.

Pencapaian terbaik atlet angkat berat wanita Malaysia

SAYS.com
Image via BERNAMA

Kejayaan Siti Aqilah bukan sekadar menghadiahkan pingat buat kontinjen negara, malah turut memadam rekod lama sebagai pencapaian terbaik atlet angkat berat wanita Malaysia di Sukan Komanwel.

Sebelum ini, pencapaian terbaik negara hanyalah dua pingat gangsa yang dimenangi Raihan Yusoff dalam kategori 53kg di Delhi 2010 serta Irene Jane Henry dalam kategori 48kg di Glasgow 2026.

Kini, Siti Aqilah berjaya mengangkat standard baharu apabila menghadiahkan pingat perak pertama Malaysia dalam acara angkat berat wanita di pentas Sukan Komanwel.

Pada usia yang masih muda, kejayaan ini pastinya memberi petanda positif buat masa depan sukan angkat berat negara, selain membuktikan Malaysia memiliki pelapis yang mampu bersaing dengan atlet terbaik dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS