seismik

Siti Khadijah, Amal By Malaysia Airlines Sumbang 'Travel Kit' Khas Buat Jemaah Haji

Semoga dapat memberikan keselesaan kepada jemaah haji dalam mengerjakan ibadah di tanah suci.

Cover image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian solat, Siti Khadijah jalin kerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines mengagihkan barangan rangkaian Siti Khadijah dan kit perjalanan Amal (Travel kit) kepada 284 jemaah Haji KT05 di Dewan Mentari, Movenpick baru-baru ini

Barangan sumbangan yang berupa kelengkapan dan keperluan ibadah Haji itu sebagai tanda buah tangan kepada para Jemaah KT05, iaitu kumpulan pertama yang menaiki Amal by Malaysia Airlines yang melalui proses daftar masuk di Kompleks Tabung Haji Sepang untuk penerbangan terus ke Madinah.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin menjelaskan kerjasama bersama Amal bakal membuka ruang dan peluang Siti Khadijah dalam membantu meningkatkan keselesaan Jemaah Haji dan Umrah khususnya.

"Perancangan dan usaha untuk bekerjasama bersama Amal mengambil masa lebih daripada setahun dan Alhamdulillah hari ini kami dapat peluang untuk sama-sama meraikan jemaah Haji. Kami mahu memberikan keselesaan kepada jemaah Haji dan Umrah dalam mengerjakan ibadah.

“Apa yang istimewa, kami sumbangkan barangan Siti Khadijah bernilai RM200 yang berupa barangan kelengkapan solat untuk lelaki dan wanita sewaktu di Tanah Suci nanti,” katanya.

Titik permulaan kepada kerjasama yang lebih besar di masa akan datang

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor berkata, jalinan kerjasama antara Amal dan Siti Khadijah amat bermakna kerana kedua-dua pihak mempunyai visi dan nilai yang sama iaitu memberi keselesaan dan kemudahan kepada jemaah beribadah dan juga untuk menarik lebih ramai menunaikan Umrah dan Haji.

Dalam pada itu, semua penerbangan Amal ke Tanah Suci adalah termasuk penyediaan perkhidmatan seperti talbiah, doa musafir, azan dan tazkirah serta pengumuman miqat.

Turut menyerikan majlis, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengasas Jenama Telekung Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman.

Jenama Siti Khadijah juga bakal memberi fokus kepada barangan lelaki dengan misi menyediakan kelengkapan solat dan pakaian harian yang selesa.

Perancangan Siti Khadijah pada tahun ini ialah untuk kembangkan kepada barangan lelaki seperti kain pelikat, jubah, kurta dan kopiah. Malah setiap barangan terdiri daripada pelbagai jenis dan harga mengikut kualiti dan premium.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: