seismik

"Siti Gugur Kerana Muzik Itu Haram" - Tweet Cari Pasal Makcik Ini Dihentam Teruk Netizen

Lebih baik rasanya kalau kita hanya doakan yang baik-baik saja untuk Siti.

Cover image via SAYS

Semalam, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza mengumumkan satu berita duka melalui Instagram mengenai keguguran yang dialaminya setelah dua bulan mengandung. Baca caption penuh Siti di bawah:

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balikdan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Selepas membaca status penuh ini, kami berasa sangat simpati dan sedih di atas nasib Siti. Maklumlah, bukan senang bagi seseorang yang mengharapkan anak untuk menghadapi berita mengenai keguguran kandungan.

Walau bagaimanapun, ada individu iaitu seorang makcik yang tergamak menyifatkan keguguran tersebut terjadi kerana muzik itu Haram. Menurutnya, kandungan itu akan dapat diselamatkan jika Siti berhenti menyanyi.

Image via www.twitter.com

Mula-mula kami baca, kami rasa sangat terkejut bahawa ada individu yang sanggup keluarkan kenyataan macam tu

Image via laslow.net

Kalau doakan yang baik-baik saja tak boleh ke makcik?

Mungkin ada yang bersetuju bahawa muzik itu Haram, tetapi apa kena-mengena muzik dengan kandungan dalam perut?

Image via www.twitter.com

Makcik ini masih menjawab.

Melihatkan respon sebegitu, ramai yang bertindak menghentam makcik tersebut yang seolah-olah lebih tahu tentang perihal Tuhan. Tidak kurang juga mereka yang bersifat sarkastik.

Image via www.twitter.com

Tetapi, makcik ini langsung tidak berganjak

Image via www.twitter.com

Bila dah jadi kontroversi, orang ramai mula menggeledah profile beliau. Rupa-rupanya, makcik yang mengeluarkan kenyataan "panas" ini merupakan seorang cancer survivor.

Image via www.twitter.com

Ramai yang tak puas hati bagaimana seorang pesakit kanser yang menderita selama 12 tahun boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan orang lain yang sihat tidak pula mengecam apa-apa terhadap Siti. Hairan juga kan?

Image via www.twitter.com

Selain itu, netizen turut menemui gambar makcik ini memegang gitar dan gambar beliau berdiri di sebelah pokok Krismas, yang turut dijadikan bahan kutukan.

Apa terjadi selepas gambarnya dibocorkan? Makcik ini masih lagi rajin membalas tweet.

Image via www.twitter.com

Akan tetapi, selepas sehari mengundang rasa marah terhadap orang ramai, makcik tersebut akhirnya memohon maaf atas keterlanjuran katanya semalam.

Beliau pada masa yang sama turut berdoa agar diampunkan dosa dan agar Tuhan memberkati hidup Siti Nurhaliza sepanjang hayat.

Image via www.twitter.com

Walaupun dah minta maaf, ada juga yang sempat berseloroh. Eshh sudah-sudah lah tu.

Image via www.twitter.com

Betul apa yang @MisterFahmie cakap. Bukan senang nak jumpa orang sekarang yang sedar kesalahan diri sendiri. Jadi, thumbs up kami beri kepada makcik kerana telah mengakui kesilapan dirinya.

Lain kali jangan buat lagi ya makcik. Sama-sama kita jadikan ini sebagai pengajaran :)

Image via buzzfed.com

Ok tak nak stress2 dah. Apa kata anda undi artis tanpa kening paling cantik (atau handsome) di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: