Skechers International Pickleball 2026 Catat Rekod 1,282 Peserta Dari 14 Negara, RM100,000 Jadi Rebutan
Skechers turut mempamerkan koleksi kasut Viper Court yang direka khas untuk sukan pickleball.
Cover image via Skechers MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Skechers, syarikat peneraju teknologi keselesaan dan kasut global, berjaya melabuhkan tirai Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers Malaysia 2026 baru-baru ini
Bertempat di Kelab Pickleball Tomaz, penganjuran tahun keempat berturut-turut ini mencatatkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 38% berbanding tahun sebelumnya.
Seramai 1,282 pemain dari 14 buah negara termasuk Australia, China, India, Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam telah berkumpul selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei untuk bersaing dalam 29 kategori yang diiktiraf oleh Dynamic Universal Pickleball Rating (DUPR).
Satu pencapaian signifikan tahun ini adalah pengenalan semula kategori Junior (bawah 18 tahun) yang menarik penyertaan 34 pemain muda. Peserta termuda yang direkodkan hanyalah berusia 11 tahun, sekali gus membuktikan sukan ini mula akar umbi yang kuat di Malaysia.

Hadiah keseluruhan cecah RM100,000 jadi rebutan para peserta
Selari dengan skala penganjuran yang semakin besar, jumlah keseluruhan dana hadiah telah ditingkatkan kepada RM100,000 berbanding RM80,000 pada tahun lalu.
Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang, berkata, "Melihat kategori Junior menjadi kenyataan tahun ini adalah sesuatu yang kami nantikan. Pickleball di Malaysia bukan lagi sukan untuk satu generasi sahaja; ia membawa semua peringkat umur ke gelanggang. Kami berharap kejohanan ini memberi inspirasi kepada semua pemain, tidak kira di mana tahap kemajuan mereka."
Kejohanan ini turut menampilkan tiga atlet rasmi Skechers Malaysia iaitu Colin Wong, Delia Arnold dan Toi Sieu Ee. Colin, yang baru-baru ini terpilih menyertai litar profesional di Amerika Syarikat di bawah UPA Asia Trailblazers Class of 2026, bersaing dalam kategori beregu lelaki, manakala gandingan mantap Delia dan Sieu Ee beraksi dalam kategori beregu wanita.

Dari kiri, atlet Skechers; Toi Sieu Ee, Colin Wong (tengah) dan Delia Arnold.
Image via Skechers MalaysiaMenurut Delia Arnold: "Apa yang menarik adalah sesiapa sahaja boleh bermain di sini, daripada pemain junior hingga profesional luar negara. Oleh kerana setiap perlawanan dikira dalam sistem DUPR, anda akan tahu dengan tepat di mana tahap prestasi anda di peringkat global."
Koleksi Skechers Viper Court direka untuk prestasi
Semasa kejohanan berlangsung, Skechers turut mempamerkan koleksi kasut Viper Court yang direka khas untuk sukan pickleball. Koleksi ini mendapat pengiktirafan daripada Association of Pickleball Players (APP) dan membawa cop kelulusan APMA untuk sokongan kesihatan kaki.
Antara model utama yang dipamerkan termasuklah Viper Court Pro 2.0™, Hands Free Slip-ins® Viper Court Elite 2.0, Viper Court Rally™, dan Viper Court Reload™.

Berikut di bawah adalah senarai nama para pemenang utama:
- Perseorangan Lelaki Terbuka 19+: Phoenix He muncul juara, membawa pulang RM1,700 dan kasut Skechers Viper Court Pro.
- Perseorangan Wanita Terbuka 19+: Jas Almaguer merangkul gelaran juara selepas aksi konsisten.
- Beregu Lelaki Terbuka 19+: Marco Leung dan Vanshik Kapadia memenangi RM3,500 dan dua pasang kasut Viper Court Pro.
- Beregu Campuran Terbuka 19+: Man Kwan Wun dan Syed Uzair Sufi muncul sebagai pemenang utama.
- Kategori Junior B18: Dzarif Dzakwan B Azizul Azhar melakar sejarah sebagai juara pertama kategori ini dalam acara perseorangan lelaki, serta memenangi acara beregu bersama abangnya, Dzikri Dzakwan.
Untuk rekod, kejohanan ini dianjurkan oleh The Ultimate Pickleballers dengan sokongan rakan rasmi seperti Kelab Pickleball Tomaz, Baseline, AirFly, Tuff, LAC, Engage, Nespresso, Pocari Sweat, Joola dan Franklin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


