seismik

SKMM Akan Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Sebar Kandungan Berunsur Lucah Di Internet

Pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Cover image via Keluarga

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran keras kepada semua pihak untuk tidak memuat naik, menyebar mahupun berkongsi sebarang kandungan berunsur jelik dan lucah di internet

Perkara ini telah diumumkan dalam satu kenyataan yang mana amaran ini adalah selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut kenyataan itu, pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Paparan skrin portal yang sudah tidak dapat diakses lagi.

Image via Sinar Harian

Paparan skrin portal yang sudah tidak dapat diakses lagi.

Image via Sinar Harian

“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan.

“Kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular,” jelas kenyataan itu.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Image via SKMM

Sehubungan dengan itu, SKMM turut memberitahu pihaknya akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan-kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara

Pihak SKMM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Baru-baru ini, video mirip seorang menteri telah tular di media sosial termasuklah Twitter, Facebook dan WhatsApp

Image via China Press

Apabila ditanya mengenainya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau yakin individu yang dikaitkan dalam video lucah itu bukanlah salah seorang menteri di dalam Kabinetnya.

"Sekarang ini kalau seseorang mempunyai cukup kepakaran, dia boleh membuat pelbagai video atau gambar. Mungkin suatu hari nanti awak pun boleh tengok gambar saya dimanipulasi," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Image via Malay Mail

Bukan itu sahaja, Tun Mahathir berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

"Awak percaya (video) ini? Takkan bodoh nak buat macam itu. Kalau tidak boleh lawan dengan orang, tidak perlu buat macam itu.

"Janganlah buat politik kotor, bila kalah dengan lawan, awak nak tunjuk video lucah. Cara ini sangat kotor, kena amalkan politik bersih," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: