seismik

"Sky Dining Sebenar" - Lelaki Kongsi Situasi Makan Tengah Hari Di Dalam Tower Crane

Macam ini rupanya masak dekat atas.

Cover image via @sgtowercrane (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan di tempat binaan bukan sesuatu yang mudah kerana anda berdepan dengan banyak risiko

Malah, pekerjaan yang berada di tempat tinggi juga merupakan satu cabaran buat pekerja. Hal ini kerana mungkin ramai yang berasa gayat jika berada di tempat tinggi.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang berkongsi videonya memasak di atas tower crane yang tinggi ketika sedang berehat.

Tunjuk siap masak atas tower crane masa waktu rehat

Menerusi video TikTok di akaun @sgtowercrane, seorang lelaki yang bekerja di tempat pembinaan di Singapura berkongsi situasi ketika dia sedang bekerja.

Di dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat sedang menyediakan beberapa bahan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah rupa-rupanya dia menunjukkan sedang memasak di atas menara tersebut.

Difahamkan, dia memasak lauk nasi goreng ikan bilis untuk makan tengah hari. Dia juga dilihat sudah mempersiapkan rencah-rencah nasi goreng tersebut yang kemudiannya dimasakkan di atas periuk elektrik.

Malah, sebelum itu dia juga sempat memesan kepada rakannya air berkarbonat yang dihantar dari bawah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: