Solid Cologne Analogue Apotik Baharu Tampil 69 Reka Bentuk Ukiran Tangan Malaysia
Difahamkan, kesemua 69 reka bentuk itu diukir dengan tangan oleh Lynda dari Pink Tattoos.
Cover image via Analogue ApotikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau selama ini solid cologne hanya dipandang sebagai alternatif kepada minyak wangi dalam botol, koleksi terbaru Analogue Apotik ini mungkin boleh buat anda fikir dua kali
Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, jenama wangian tempatan itu tampil dengan 69 reka bentuk solid cologne bertemakan Malaysia yang cukup unik.
Lebih menarik, kesemua reka bentuk tersebut diukir dengan tangan oleh artis tatu Lynda dari Pink Tattoos.


Dari karipap sampai durian, semua ada
Koleksi edisi terhad ini mengetengahkan pelbagai perkara yang cukup sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia.
Antara reka bentuk yang boleh ditemukan termasuk karipap, sate, ikat tepi dan durian.
Bukan itu sahaja, setiap negeri di Malaysia turut mendapat sentuhan tersendiri menerusi reka bentuk yang diinspirasikan daripada identiti dan keistimewaan tempatan.
Bagi pencinta haiwan pula, ada juga ukiran orang utan, tapir, harimau, bayau dan burung enggang. Pendek kata, memang boleh rambang mata nak pilih satu.



Kalau 69 pilihan itu masih belum cukup istimewa, anda juga boleh menambah sehingga empat aksara pada bekas solid cologne tersebut
Memandangkan ukiran dilakukan sendiri oleh Lynda, setiap bekas terasa lebih eksklusif dan boleh dijadikan sebagai satu bentuk kenang-kenangan.
Jadi, selain berfungsi sebagai wangian, bekas tersebut juga boleh disimpan selepas cologne habis digunakan.
Solid cologne ini hadir dalam bekas logam die-cast bersaiz 10g, menjadikannya lebih mudah dibawa berbanding botol minyak wangi biasa.
Ia turut menggunakan asas lilin tanpa alkohol dan mempunyai kepekatan minyak wangian sebanyak 40%. Saiznya yang kecil pula membolehkan anda masukkannya ke dalam poket atau beg tanpa mengambil banyak ruang.



Harga RM249 dan ada design yang dah sold out
Untuk memiliki satu daripada 69 Merdeka Limited Edition Solid Colognes ini, harganya ialah RM249 setiap satu. Bagaimanapun, beberapa reka bentuk dilaporkan sudah habis dijual.
Koleksi ini juga hanya boleh dibeli secara dalam talian, jadi mereka yang dah berkenan dengan mana-mana design perlu mendapatkannya sementara stok masih ada. Kalau anda nak tengok kesemua 69 reka bentuk yang ada, boleh kunjungi laman rasmi Analogue Apotik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


