SSFHOME Lancar Kempen ‘New Style, Big Value’, Tawar Diskaun Sehingga 50 Peratus
SSFHOME percaya setiap keluarga berhak memiliki kediaman yang cantik dan selesa.
Cover image via SSFHOMEFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rumah bukan sekadar tempat untuk berteduh, malah ruang yang mencerminkan gaya hidup, personaliti dan keselesaan setiap keluarga
Sama ada ingin memberi nafas baharu kepada ruang tamu, menambah seri bilik tidur atau melengkapkan dekorasi kediaman, kini semuanya menjadi lebih mudah menerusi kempen "New Style, Big Value" daripada SSFHOME.
Sebagai sebahagian daripada kempen 'New Style, Big Value', SSFHOME turut menawarkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik khas untuk ahli SSFHOME VIP.
Sebagai jenama kelengkapan rumah yang telah dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun, SSFHOME terus komited menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori kediaman yang berkualiti dengan nilai terbaik.
Kempen ini merupakan kesinambungan kepada usaha SSFHOME untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman yang cantik, selesa dan bergaya tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan.

Selama lebih tiga dekad, SSFHOME telah menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang ingin menghias dan melengkapkan kediaman dengan produk yang berkualiti, moden dan praktikal.
Daripada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga hinggalah kepada keluarga yang ingin menaik taraf ruang kediaman, SSFHOME sentiasa menawarkan pelbagai pilihan yang memenuhi pelbagai cita rasa serta bajet.
Pengalaman luas dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan menjadikan SSFHOME terus relevan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia.

Kediaman bergaya tidak semestinya mahal
Sokongan yang diterima daripada pelanggan selama ini diterjemahkan melalui prestasi perniagaan yang terus berkembang. Pertumbuhan jualan serta keuntungan membuktikan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSFHOME.
SSFHOME percaya setiap keluarga berhak memiliki kediaman yang cantik dan selesa. Sebab itu, setiap koleksi yang ditawarkan dipilih dengan teliti bagi memastikan pelanggan menikmati gabungan reka bentuk moden, fungsi praktikal serta harga yang berpatutan.
Daripada sofa, meja makan, kabinet, lampu hiasan, langsir, karpet sehinggalah aksesori dekorasi, semuanya tersedia untuk membantu anda mencipta ruang kediaman impian mengikut gaya dan bajet sendiri.

Inilah masa terbaik untuk memberikan wajah baharu kepada kediaman anda. Kunjungi mana-mana cawangan SSFHOME di seluruh Malaysia atau beli-belah secara dalam talian untuk menikmati pelbagai tawaran menarik sempena kempen "New Style, Big Value".
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki perabot dan dekorasi idaman dengan penjimatan yang lebih berbaloi. Nikmati pelbagai promosi menarik, termasuk diskaun sehingga 50% bagi produk terpilih, dan jadikan kediaman impian anda satu realiti hari ini.
Layari www.ssfhome.com atau kunjungi cawangan SSFHOME berhampiran untuk mendapatkan tawaran terkini. Tertakluk kepada terma dan syarat serta promosi semasa.
Kerana kediaman yang indah bukan sekadar impian bersama SSFHOME, ia kini lebih mudah direalisasikan dengan pilihan yang lebih bergaya, lebih berkualiti dan lebih berbaloi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


