seismik

Stara Tawar Pakej Serendah RM149 Sebulan Bantu Murid Sekolah Rendah Kuasai Subjek Teras

Pusat tuisyen online itu memberi fokus kepada lima subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam.

Cover image via Stara (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Komited dalam menjalankan tanggungjawab pendidikan kepada masyarakat, Pusat tuisyen Online Stara kini telah membantu lebih 25,000 murid sekolah rendah sejak tahun 2020

Pengasasnya, Nurul Atieka Mohamad Zahari berkata, dengan dorongan keluarga yang menjadi kekuatan baginya menubuhkan Stara demi membantu murid-murid lebih fokus dan berjaya.

"Saya sentiasa memegang pesanan dan nasihat keluarga tentang pentingnya ilmu dan pelajaran untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

"Saya tiada latar belakang sebagai pendidik, namun dari kecil saya telah diterapkan dengan pendirian bahawa hanya dengan pendidikan yang bagus dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan pendidikan kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu.

"Menjadi tanggung jawab saya untuk membantu murid-murid minat belajar dan fokus lebih-lebih lagi bagi subjek utama," katanya yang juga dikenali sebagai Teacher Ieka.

Pengasas Stara, Nurul Atieka Mohamad Zahari

Image via Stara (Facebook)

Menurut Teacher Ieka, murid-murid ini perlu digilap dan dipupuk untuk lebih yakin diri. Bukan hanya cemerlang akademik, tetapi juga mempunyai daya saing dan keberanian untuk menghadapi masa depan.

"Saya wujudkan platform belajar atas talian ini dengan mengumpulkan guru yang bagus untuk sebarkan ilmu dengan lebih meluas. Fokus saya ialah murid sekolah rendah kerana asas pendidikan sangat penting. Stara bermula dengan impian saya mahu setiap orang dapat pendidikan yang bagus.

"Untuk tahun ini, kita merekodkan seramai 3,000 murid seluruh Malaysia yang menyertai Stara dan pihak kami dalam perancangan mewujudkan Stara Care pada tahun hadapan untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib baik, dan ini adalah salah satu rangka program CSR kami kepada masyarakat.

"Di Stara, mahu membantu mereka untuk membina personaliti yang bagus daripada kecil. Dan perancangan untuk 2025, kami memberi fokus untuk murid membina keyakinan diri dengan beberapa siri kem berucap di khalayak, intonasi dan skil komunikasi, kem kuasai matematik dan sains," kongsinya lagi.

Stara tawar tiga pakej iaitu Elite, VIP dan Premier di mana setiap pakej menawarkan 20 sesi kelas sebulan

Tambah Teacher Ieka lagi, setakat ini Stara memberi fokus kepada lima subjek teras, katanya lagi, material dan teknik yang digunakan guru Stara sangat berkesan untuk menarik minat murid untuk lebih memahami subjek.

"Buat masa ini kami hanya menekankan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Penyampaian tutor kami bersifat visual kerana kami faham murid sekolah rendah sukar untuk fokus, dan sebab itu material haruslah menarik.

"Murid harus diberi kefahaman mengenai konsep dahulu dengan menggunakan gambar dan video. Teknik belajar juga penting di mana kami percaya mentor yang bagus dapat melahirkan insan yang bagus. Sebab itu saya mengumpulkan tutor yang ‘master’ dalam subjek yang diajar," ujarnya.

Dalam pada itu, Stara menawarkan tiga pakej iaitu Pakej Elite, Pakej VIP dan Pakej Premier di mana setiap pakej menawarkan 20 sesi kelas sebulan dengan harga bermula RM149 sehingga RM299.

Jelas Teacher Ieka lagi, Majlis Anugerah Cemerlang Stara yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk meraikan kecemerlangan murid-murid dan ibu bapa yang sentiasa menyokong. Bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah terpuji juga turut menerima anugerah.

"Anugerah ini adalah yang pertama kali diadakan dan kami mahu para pelajar berasa seronok dan dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih berjaya," katanya.

Teacher Ieka (tengah) bergambar kenangan bersama-sama para penerima anugerah di Majlis Anugerah Cemerlang Stara 2024.

Image via Stara (Facebook)

Teacher Ieka (tengah) bersama dua penerima Murid Ikon Stara, Uwais Ashraf Abdul Rahman dan Qaseh Raudhah Mohd Azhar.

Image via Stara (Facebook)

Untuk rekod, Uwais Ashraf Abdul Rahman, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Jln Tasik Permaisuri 1 dan Qaseh Raudhah Mohd Azhar, 10, dari Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Othman Ibnu Affan (SIRAJ SUBA), Bandar Tun Razak menjadi antara salah satu penerima Anugerah Bintang Stara di atas semangat dan kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang sesi pembelajaran.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Stara, boleh layari laman Facebook rasmi Stara atau hubungi 018-2244357 untuk pertanyaan bagi mendapatkan info lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: