Status OKU Jadi Kelebihan, Individu Miliki Kebolehan Bertutur & Tulis Dalam 7 Bahasa

Respect!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meskipun berstatus orang kurang upaya (OKU), seorang pemuda miliki kelebihan tersendiri mampu bertutur dan menulis dalam tujuh bahasa

Memiliki gangguan spektrum autisme (ASD), Abdul Adieka Amirul Hardie Amirul Ambi, 31, yang mesra dipanggil Adieka berkata, tujuh bahasa itu merupakan Melayu, Inggeris, Arab, Iban, Perancis, Jerman dan Rusia.

Menerusi laporan Harian Metro, kemahiran itu tidak disia-siakannya dijadikan sebagai sumber pencarian wang tambahan sebagai penterjemah dokumen, buku dan novel meskipun sudah memiliki kerja harian sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah dekat Kajang, Selangor.

Menurut Adieka, minat mempelajari bahasa asing itu tercetus disebabkan keinginan menambah pengetahuan di samping melihat ia sebagai kelebihan untuk berinteraksi dengan lebih ramai individu.

"Empat bahasa yang saya fasih adalah bahasa Melayu, Inggeris, Iban dan Arab manakala tiga lagi boleh bertutur dan menulis cuma belum fasih.

"Saya boleh bertutur bahasa Iban kerana ayah berketurunan Iban dan bahasa Arab belajar ketika di sekolah agama.

"Bahasa Perancis pula dipelajari ketika menuntut di universiti, Rusia bermula dengan bimbingan seorang tutor ketika pandemik COVID-19 dan Jerman dipelajari sendiri menerusi YouTube. Saya juga boleh membaca teks dalam bahasa Jerman dan Rusia," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/Fathil Asri

Beberapa karya novel antarabangsa sudah menjadi hasil kerjanya diterjemah dalam bahasa Melayu

Difahamkan, dia sudah menterjemah dua novel dengan karya pertama bertajuk Penderitaan Werther, diterjemah daripada bahasa Jerman ke bahasa Melayu.

Novel kedua pula bertajuk Perempuan di Titik Terendah yang diterjemah daripada bahasa Arab Mesir ke bahasa Melayu.

"Saya mula buat terjemahan sejak dua tahun lalu..seronok cuma cabarannya adalah masa dan kena cari waktu terluang.

"Dulu ada banyak masa namun sejak bekerja tetap sebagai guru KAFA Januari lalu, masa menjadi cabaran terbesar saya.

"Tapi, buat masa ini, saya dapat atur masa dengan baik dan tak sangka juga ditawarkan menjadi guru KAFA sebenarnya selepas menghadiri temu duga pada November tahun lalu.

"Ia kerana saya memang berterus terang keadaan diri yang autistik kepada panel temu duga namun anggap ini rezeki kerana suka juga mengajar walaupun kerja mendidik ini tak mudah," katanya.

SAYS.com
Image via Image via Adieka Amirul (Facebook)

Perubahan status daripada normal kepada OKU disifatkan sebagai transformasi besar dalam hidupnya walaupun sudah menyedari simptom ASD sejak kecil

Menurut Adieka, dia yang juga anak sulung daripada enam beradik berkata penerimaan itu lebih sukar selepas dia melalui fasa putus cinta hingga disahkan mengalami gangguan utama depresi (MDD).

Perkara itu menyebabkan dirinya ditahan di wad hospital selama dua minggu bagi menerima rawatan.

"Ciri autistik itu boleh dilihat sejak kecil antaranya hiperlexia iaitu keupayaan membaca ketika berumur tiga tahun.

"Tapi, syukur kerana keluarga boleh menerima selepas dapat tahu keadaan saya walaupun disahkan autistik ketika dewasa.

"Saya anggap diri saya sebagai superpower kurniaan Allah SWT dan tak malu beritahu orang saya autistik.

"Tiada apa perlu ditakutkan dan dipandang negatif sebab akhirnya kita manusia dan mahu dilayan sebagai manusia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: