seismik

"Steady Je" - Ini Trivia Pak Cik Jepun Yang Jadi Pacer Di Trek Basikal Olimpik Tokyo 2020

Hebatnya dia!

Cover image via @radiotelevisyenmalaysia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seluruh rakyat Malaysia telah meraikan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang semalam yang mendapat pingat perak dalam acara Keirin di Olimpik Tokyo 2020

Tidak dapat dinafikan, Datuk Azizulhasni Awang atau pun dikenali sebagai The Pocket Rocketman sememangnya seorang wira yang kita patut banggakan kerana usaha beliau bersungguh-sungguh mendapatkan pingat untuk negara.

Namun di sebalik beritanya dihujani dengan ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia, ramai yang tertanya-tanya tentang warga emas yang menjadi pacer di dalam acara berbasikal berkenaan.

Sebuah video di TikTok tular mengenai siapakah sebenarnya pak cik Jepun itu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@radiotelevisyenmalaysia

Siapa yang tertanya-tanya juga masa keirin tadi? ‍ ##OlympicSpirit ##SukanRTM

Sign (Naruto Opening Mix) - FLOW

Pernah menang pingat gangsa di Olimpik Los Angeles 1984

Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok RTM Malaysia Official, warga emas berkenaan yang bernama Sakamoto Tsutomu rupa-rupanya adalah bekas atlet Jepun yang pernah memenangi pingat gangsa di Olimpik Los Angeles pada tahun 1984 dalam acara Sprint individu.

Beliau kini sudah berusia 59 tahun dan diberikan penghormatan untuk menjadi pacer di Olimpik Tokyo 2020.

Bagi anda yang tidak tahu apa fungsi sebenar pacer, mereka akan memulakan perlumbaan dengan berada di depan enam pelumba keirin menerusi kayuhan sekitar 35 kilometer sejam bagi dua pusingan pertama sebelum keluar semula bagi membolehkan pelumba memecut bagi empat pusingan terakhir.

"Aku dah agak dah mesti dia antara bekas pemain sebab stamina dia kuat, ingat senang ke nak imbang badan dekat track tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang telah meraih 853.3K views, 73.4K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa kagum selepas mendapat tahu trivia pak cik Jepun itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia boleh relax je kayuh tu, terbaiklah pak cik! ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik