seismik

Anda Tak Perlu Buka Pintu Kereta Lagi Di Plaza Tol Dengan Adanya 'Stick' Touch 'N Go Ini

Memang memudahkan betul!

Cover image via SAYS

Penggunaan kad Touch 'N Go bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama harian mereka

Penggunaan kad ini boleh dikatakan sangat mudah kerana dengan hanya satu sentuhan saja, anda boleh melepasi plaza tol dalam masa yang sangat singkat. 

Namun, tidak dapat dinafikan sesetengah daripada kita mengalami kesukaran sewaktu menggunakannya.

Contohnya disebabkan tangan anda tidak sampai untuk menyentuh alat pengesan kad Touch 'N Go, anda terpaksa membuka pintu kereta walaupun cermin pintu telah dibuka.

Tambah-tambah lagi bila betapa dekatnya kad tersebut dengan card reader. Bak kata orang putih the struggle is real!

Tetapi seperti biasa, rakyat Malaysia memang kreatif. Sesetengah daripada pengguna Touch 'N Go mendapat idea untuk memudahkan perjalanan mereka dengan menggunakan sudip masakan.

Image via Yee Lee
Image via Yee Lee

Ada juga yang menggunakan alat pemukul lalat seperti ini...

Image via carigold.com

Telah ramai pengguna jalan raya menggunakan dua alatan tersebut kerana ia sangat mudah, cepat dan sangat kreatif. Boleh dikatakan ia adalah antara life hack terbaru yang digunapakai sejak kebelakangan ini.

Ia terbukti sangat berguna dan memudahkan pemandu untuk mengesan kad mereka sewaktu di plaza tol.

Ia mungkin kedengaran lucu dan tidak masuk akal untuk menggunakan sesuatu seperti itu. Tetapi ia sebenarnya merupakan kaedah yang sangat praktikal yang telah diuji oleh sesetengah individu.

Dan anda masih ingat video yang pernah viral ini?

Posted by Felita Wijaya on Wednesday, 26 April 2017

Anda kini tidak perlukan lagi sudip memasak atau alat pemukul lalat kerana stick Touch 'N Go kini sudah ada dijual di pasaran!

Stick yang datang dengan pelbagai warna ini mempunyai design yang mana anda boleh meletakkan kad Touch 'N Go pada stick tersebut.

Bukan itu saja, kami juga menjumpai stick yang boleh dipanjangkan. Ianya sama seperti selfie stick yang anda selalu gunakan tu. Memang memudahkan betul lah!

Kami lihat *stick* ini banyak dijual Facebook, dan pasaran dalam talian lain seperti Carousell and Shopee.

Sekiranya anda berminta, anda mungkin juga boleh mendapatkannya di SINI

Jom tonton video menarik stick ini di bawah:

Posted by Hamizah Bt Hamisam on Thursday, 19 October 2017

Anda rasa stick Touch 'N Go ini sangat berguna? Kongsikan padangan anda di ruang komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

More stories to read: