seismik

9 'Struggles' Yang Hanya Perempuan Saja Faham Bila Menjelangnya Ramadan

Untuk kita-kita je!

Cover image via SAYS

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, tak sabar pula rasanya!

Image via MakeAGif

Ramadan datang lagi dan harapnya tahun ini lebih bermakna berbanding dengan tahun lepas. Bulan Ramadan adalah bulan yang dinantikan oleh semua orang terutamanya umat Muslim. Setiap tahun pasti ada perkara baru ataupun bucket list yang pasti korang letakkan sebagai motivasi terutamanya buat kaum perempuan.

Tapi semua bucket list tu mesti tak jalan, biasalah bila tiba bulan puasa ada je halangan dan dugaan yang datang kan. Benda ni memang akan selalu terjadi dalam golongan kaum perempuan, memang tak boleh lari mesti jadi jugak! Penat nak hadap setiap kali bulan puasa, tapi sebabkan bulan yang mulia kena jugaklah bersabar. Sesungguhnya, sabar itu separuh daripada iman.

Mari lihat senarai struggles yang perempuan lalui setiap kali bulan puasa tiba:

1. Pasang niat nak turunkan berat badan, tapi lagi naik adalah

Image via wp.com

Biasalah, dah nama pun perempuan. Setiap kali bulan puasa mesti pasang niat nak challenge diri sendiri untuk kuruskan badan. Seharian berpuasa tanpa makan dan minum, memang mudah nak jaga badan. Tapi masalahnya, bila sampai saja ke bazaar terus lupa, semua makanan pun nak beli. Bukan itu saja, lepas habis solat tarawih pun sempat lagi beratur nak ambik lauk moreh.

2. Konon nak simpan duit tak nak membazir, tapi nampak saja SALE terus borong!

"Sesungguhnya, membazir itu adalah amalan syaitan."

Bulan puasa mengajar semua orang untuk mengawal nafsu tapi iyalah perkara ini adalah seperti cabaran buat kaum perempuan. Pada awalnya memang dah simpan niat nak simpan duit tapi asal nampak saja banner SALE besar-besar tu terus masuk serbu. Memang tak fikir banyak, sebabkan harga murah, terus beli!

3. Dapat "cuti" puasa, tapi kena pura-pura puasa jugak

Image via Tenor

Tipu lah kalau korang tak pernah rasa happy setiap kali dapat "cuti" waktu bulan puasa kan. Tapi itulah, walaupun dapat "cuti" puasa bukannya boleh senang-senang enjoy "cuti" dekat luar. Kena juga jaga adab, kalau boleh kena makan tempat tersorok supaya tak ganggu orang lain yang berpuasa. Kadang-kadang rasa stress, baik puasa je lagi bagus!

4. Tak cukup tangan nak buat preparation untuk Syawal

Image via HerCampus

Biasalah bila tiba Syawal, kalau boleh semua benda nak tukar baru. Dari langsir, perabot sampailah ke kusyen kereta. Semua barang rumah mestilah nak cari yang warna, corak dan design yang matching. Tak rasa lah suasana raya tu kalau tak cukup semua barang baru, tapi itulah kalau semua perempuan jugak yang nak buat memang tak cukup tangan. Jadi bertabahlah wahai kaum perempuan ya.

5. Penat memasak juadah berbuka sekali tak cukup rasa

Image via ByOh

Sudah jadi rutin kaum perempuan untuk sediakan juadah makanan waktu bulan puasa, daripada sahur hinggalah waktu berbuka. Nak masak bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi waktu bulan puasa. Jadi, kalau masak tu memang selalu ada yang tak kena. Tapi, janganlah banyak sangat complain kalau masakan tu tak kena rasa. Orang perempuan pun rasa penat, kalau garam tak cukup pun cakaplah terima kasih.

6. Jadi alarm clock kejutkan yang lain sahur, kalau lambat kita jugak yang dipersalahkan

Kejutkan sahur pun kita, sediakan sahur pun kita. Kalau boleh semua benda lah perempuan yang buat. Bila tak terbangun, kaum perempuan jugak yang dipersalahkan. Bila membebel, kata nanti rimas pulak pagi-pagi dah mula gaduh. Apa kata tahun ni biar kaum lelaki pulak yang kejut? Barulah adil kan.

7. "Malam ni nak masak apa ya?"

Image via Tenor

Makin hari makin rasa hilang mood nak masak. Bukannya malas, tapi dah tak ada idea nak masak apa. Lagi-lagi kalau hidup bujang, memang masak untuk sorang makan saja. Kalau beli makanan luar, rasa membazir pulak. Hm stressnya!

8. Nak shopping raya tak larat, tapi kalau shopping online tak tahu ada size ke tak

Image via giphy.com

Bulan puasa mana larat nak keluar. Nak bangun dari katil pun rasa malas, inikan pulak nak keluar pergi shopping. Memang tak ada mood langsung tapi itulah kalau tak keluar bila pulak nak cari baju raya. Kalau shopping online kena bayar duit postage lagi, dengan saiz yang tak tahu muat ke tak. Eh pening lah jadi perempuan!

9. Dah habis puasa, kena ganti pulak

Image via Tenor

Ingatkan dah habis, tapi ada lagi rupanya. Ingat senang-senang saja ke boleh "cuti" tak berbayar. Bukan semua benda free ya! Dah cukup "cuti" kenalah ganti semua. Jangan buat last minit nanti kena bayar denda pulak.

Itulah wanita. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dilalui, tambahan lagi sewaktu berpuasa. Nak tak nak, perlulah bersabar. Takut nanti batal puasa pulak!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang wanita....

You may be interested in: