Suami Isteri Kini Ditahan Bantu Siasatan Kes Rugi Hutang Kutu Didakwa Libatkan RM25,000

Laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasang suami isteri serah diri selepas dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu melibatkan kes hutang duit kutu

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu kemudiannya direman empat hari untuk membantu siasatan melibatkan sebuah kes kerugian hutang kutu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 39 dan 36 tahun yang direman bermula hari ini, 6 Ogos 2026 hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Kedua-dua mereka direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu pasangan suami isteri terbabit dibawa ke Mahkamah Jitra dengan menaiki lori polis pada jam 9 pagi untuk proses reman sebelum dibawa keluar dari mahkamah ke lokap Balai Polis Jitra selepas proses reman selesai.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Suami isteri terbabit bersama anak mereka sebelum ini dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu

Bapa wanita berkenaan yang berusia 62 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.

Ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan adalah pada 20 Julai sebelum mereka gagal dihubungi.

Hasil siasatan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan mendapati tiga beranak terbabit pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada jam 1.12 pagi Isnin lalu sebelum keluar semula tidak lama kemudian.

Semalam, polis tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan hutang bermain kutu susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: