seismik

Suami Isteri Sanggup Cagar Bayi RM3,500 Semata-Mata Untuk Langsaikan Saman

Beginikah cara ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak?

Cover image via momincorporated.com

Gara-Gara Putus Harapan Untuk Membayar Saman Trafik Berjumlah RM2,800, Sepasang Suami Isteri Di Ipoh Bertindak Mencagarkan Bayi 8 Bulan Mereka Kepada Seorang Wanita Bagi Melangsaikan Hutang

Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.

bharian.com.my

Menurut Sumber, Mereka Menyerahkan Anak Bongsu Mereka, Sai Karthi Kepada Seorang Wanita Bernama Norhidayu Binti Badrol Hisham Dengan Disaksikan Inspektor Harun Di Balai Polis Malim Nawar Pada 15 Mei 2014

Ibu bayi tersebut, K Kanagavalli berkata penyerahan anaknya itu dibuat setelah beliau menerima wang pinjaman sebanyak RM3,500 daripada Norhidayu untuk melangsaikan saman trafik.

peraknews.com

Menurutnya, sebelum penyerahan anaknya itu dibuat, beliau telah meminta wanita berkenaan menyerahkan semula anaknya selepas dua hari kerana anaknya perlu menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti yang dikehendaki pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun.

peraknews.com

Padahnya, Mereka Menanggung Risiko Besar Apabila Gagal Mendapatkan Semula Anak Bongsu Mereka Daripada Wanita Tersebut Dan Berkemungkinan Tidak Akan Berjumpa Lagi Dengan Anak Mereka Itu

K Kanagavalli bersama suami, Nages Roa menunjukkan gambar anak mereka yang dicagar pada bulan Mei lalu.

Image via peraknews.com

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

bharian.com.my

Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan Kanagavalli membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.

blogspot.com

Kejadian Bertambah Buruk Apabila Wanita Berkenaan Enggan Menyerahkan Bayi Mereka Dan Kini Telah Menghilangkan Diri Tanpa Dikesan

Menurut Kanagavalli, beliau dan suaminya telahpun mendesak pegawai polis terbabit supaya meminta Norhidayu menyerahkan semula anak mereka tetapi inspektor berkenaan juga gagal menemui wanita tersebut.

peraknews.com

"Saya diberitahu oleh Inspektor Harun bahawa saya perlu membayar balik wang pinjaman itu tetapi saya dan suami hanya mampu membayar wang sebanyak RM1,000 pada ketika ini."

peraknews.com

“Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya," jelas Kangavalli.

bharian.com.my

Setelah Buntu Mencari Jawapan, Mereka Pergi Berjumpa Dengan Bapa Mertua Norhidayu Bagi Mendapatkan Penjelasan. Namun Begitu, Jawapan Yang Diterima Amat Mengejutkan.

Katanya, beliau dan suaminya juga telah menemui bapa mertua Norhidayu di Balai Polis Malim Nawar baru-baru ini berhubung insiden itu tetapi merasa amat terkejut apabila diberitahu bahawa anaknya telah bertukar nama dan kini masih di dalam jagaan Norhidayu.

peraknews.com

"Saya merayu Ketua Polis Negeri Perak supaya menjalankan siasatan berhubung kejadian ini dan membantu mendapatkan semula anak saya.'' kata Kanagavalli.

peraknews.com

Sementara Itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon Mengesahkan Polis Menerima Laporan Berhubung Kejadian Dan Kini Sedang Menyiasat Dakwaan Terbabit Termasuk Punca Kejadian

“Kedua-dua pihak, iaitu pihak yang mendakwa menyerahkan bayi mereka dan pihak yang didakwa menerima bayi terbabit, masing-masing membuat laporan polis. Kami menerima empat laporan polis, masing-masing dua dari kedua-dua pihak."

bharian.com.my

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan oleh polis termasuk memanggil beberapa saksi. Kami juga akan mendapatkan kenyataan kedua-dua pihak dalam masa terdekat sebelum boleh menyelesaikan kes ini,” katanya.

blogspot.com

JUGA DI SAYS: Suami Isteri Mungkin Perlu Hadir Ke Kursus Pasca Perkahwinan Selepas Ini

You may be interested in: