seismik

Suami Nekad Langgar Isteri Hingga Mati Gara-Gara Tak Tahan Hadap Masalah Rumah Tangga

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Cover image via Berita Harian

Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya akan berdepan dengan masalah dalam rumah tangga

Bagaimanapun, ia adalah asam garam dalam sesebuah perkahwinan. Apa yang penting, setiap pasangan perlu bijak menangani masalah tersebut dengan bersifat lebih matang dan saling mengalah antara satu sama lain supaya ia tidak memudaratkan hubungan.

Sememangnya, setiap pasangan tanpa mengira sama ada suami atau isteri perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkahwinan kekal harmoni.

Jika terdapat sebarang masalah, seeloknya dilakukan perbincangan secara berhemah dan cuba mencari penyelasaian yang terbaik tanpa menyakiti mental mahupun fizikal pasangan.

Namun baru-baru ini di Kedah, seorang suami sanggup cuba membunuh isterinya gara-gara tidak tahan dengan masalah rumah tangga yang sedang dialami

Image via Astro Awani

Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.04 malam tadi, suspek yang berusia 45 tahun itu dilaporkan cuba melanggar isterinya hingga mati di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya dekat Tandop, Alor Setar.

Namun percubaan lelaki itu gagal apabila mangsa yang juga isteri suspek telah diselamatkan oleh anak mereka yang ketika itu turut berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, suspek dikatakan naik angin apabila bergaduh dengan isterinya, yang berusia 52 tahun, di kawasan parkir itu.

Ujar Mohd Rozi, hasil siasatan mendapati, pergaduhan antara pasangan itu terjadi berpunca daripada masalah keluarga.

Menceritakan lebih lanjut tentang kejadian itu, Mohd Rozi berkata suspek yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai cuba melanggar mangsa dari arah depan namun tidak berjaya

"Isterinya diselamatkan oleh anak yang berada di tempat kejadian. Sekiranya tidak diselamatkan pada ketika itu, mungkin kita ada kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk melihat sudut-sudut yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suami," katanya.

Suspek telah ditahan sejurus sahaja mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi banyak artikel di sini:

You may be interested in: