Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital, Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah
Sedihnya ya Allah.
Tak semua orang dikurniakan hidup serba cukup serba mewah
Pada zaman sekarang ini, ramai di antara kita yang benar-benar bergelut dengan isu kewangan, baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin. Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sudah menjadi norma bagi kebanyakan masyarakat.
Walaupun kata pepatah mengatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya memerlukan duit. Bayangkan, golongan bekerja yang berpendapatan RM3,000 masih digelar sebagai 'miskin bandar'. Jadi, bagaimana pula bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada itu?
Realitinya, masih ramai golongan bekerja yang hidup dalam kesempitan, seperti seorang lelaki ini yang baru saja kehilangan isteri tercinta bersama bayi yang baru lahir
Seorang pengguna Facebook, Kuan Chee Heng pada pagi tadi berkongsi tentang kisah menyayat hati seorang suami yang baru saja kehilangan isteri tercinta apabila terkorban bersama bayi ketika proses bersalin.
Menurut Chee Heng, pasangan tersebut yang terpaksa merantau ke Malaysia dari negara seberang untuk mencari rezeki terpaksa membuat keputusan untuk bersalin di rumah kerana si suami tidak mampu untuk membiayai bil hospital.
Si suami yang hanya bekerja sebagai welder (pengimpal) hanya mampu membayar sewa bilik bulanan RM250.
Lelaki ini turut berpesan kepada warga asing agar tidak berasa takut atau khuatir untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital walaupun tidak mampu
"Wahai orang seberang, jangan takut, jangan khuatir. Pergi bersalin di hospital. Kami Malaysia tak busuk hati. Takkan doktor halau kamu dari hospital. Jangan bimbang sangat. Kami manusia bukan haiwan. Kami ada hati, doktor pun ada hati. Malaysia pun ada hati. Jangan terkorban begini sahaja," pesannya.
Setakat artikel ini ditulis, status tersebut telah mendapat lebih 1.8k perkongsian dan 1.8k komen dalam masa kurang enam jam setelah dimuat naik.