seismik

"Walid Dah Hilang Bantal Peluk" - Kisah Ketabahan Bapa Tunggal Sara 8 Orang Anak

Sungguh besar pengorbanan seorang bapa.

Cover image via Twitter @thenaurott

Bagi insan yang bergelar ibu mahupun bapa tunggal, membesarkan anak-anak seorang diri bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan

Bagi golongan ini, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui semata-mata bagi memastikan setiap anak dijaga dengan baik dan mendapat pendidikan yang secukupnya.

Image via Baituljannah

Menyedari bahawa mereka perlu menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan berat selepas kehilangan pasangan yang dicintai, ia pastinya bakal membuatkan golongan ini lebih tabah dan cekal dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Seperti perkongsian yang dibuat seorang individu di Twitter, dia menceritakan kisah kehidupan bapanya yang merupakan seorang bapa tunggal

Dalam perkongsian yang dibuat pengguna Twitter bernama thenaurott ini, dia berkata bapanya kini menyara 8 orang anak termasuk dirinya selepas kehilangan isteri sejak tiga tahun lalu.

Menyifatkan bapanya sebagai seorang individu yang sangat kuat, pengguna Twitter ini berkata, dia bersama 7 beradiknya yang lain tidak pernah berasa kurang dan mendapat jagaan yang secukupnya oleh bapa yang digelar sebagai Walid.

Sejak ia dikongsikan, kisah ini telah mendapat lebih daripada 5 ribu RTs dan hampir 10 ribu tanda suka.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Menurut anak sulong daripada 8 beradik ini, bapanya 'mula' menjadi bapa tunggal pada tarikh 30 September 2017 lalu

Katanya meskipun memegang gelaran sebagai bapa tunggal, walidnya tetap mampu melaksanakan tanggungjawab serta tugasan di rumah dengan baik

Yang lebih mengharukan, walidnya juga tidak pernah menyatakan hasrat untuk mengahwini wanita lain meskipun sudah hampir 3 tahun hidup tanpa pasangan di sisi

Katanya, tanggal 2 Mac sebenarnya tarikh lahir walidnya dan kisah ini dikongsi untuk dijadikan inspirasi oleh lelaki lain di luar sana

Terharu sungguh dengan kisah ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua bapa serta ibu tunggal agar sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan seharian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: