Ini Top 6 'Travel Hacks' Untuk Kaki Melancong Di Luar Sana. Jangan Lupa Save!
Semuanya penting dan berguna.
Ramai kita lihat kini mengambil peluang untuk melancong ke luar negara
Bagi kaki travel, sudah tentu banyak goals dan list negara yang kita nak pergi betul tak? Namun begitu, bukan semua tempat kita boleh pergi dalam satu masa.
Kita juga perlu masa mengumpul duit tambahan lagi kalau negara itu mempunyai mata wang yang mahal dan tinggi. Sebab itu, ada yang membuat bucketlist satu tahun satu negara.
Selain membuat persediaan dari segi wang, banyak lagi sebenarnya yang perlu anda tahu sebelum melancong. Haa, nak tahu tips atau hacks untuk kaki travel? Jom baca lebih lanjut di bawah!
1. Tetapkan goals anda
Jika anda inginkan perjalanan sewaktu melancong berjalan dengan lancar, anda perlu membuat persiapan beberapa bulan sebelum. Hal ini disebabkan, kita tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat berkenaan.
Sebab itu, kita perlu membuat research tentang sesebuah negara itu, makanan, kenderaan awam, tempat tinggal dan tempat attractions yang ada di sana. Anda boleh tetapkan negara yang bakal anda kunjungi dan berapa lama tinggal di situ. Selepas itu, anda boleh membuat itinerary hari demi hari.
2. Beli tiket penerbangan semasa promosi
Untuk beli tiket flight yang murah, anda perlu membeli setahun awal jika sudah membuat perancangan yang teliti. Tipsnya, beli tiket penerbangan anda pada hari Rabu malam untuk penerbangan antarabangsa dan Selasa malam untuk penerbangan lokal. Pastikan anda hidupkan incognito mode semasa anda menyemak harga tiket. Selamat mencuba!
3. Pack baju dengan cara betul untuk jimatkan ruang bagasi
Kebiasaannya, ramai yang akan melipat baju seperti cara diletakkan di almari rumah. Kalau anda nak tahu, sebenarnya cara yang betul dan jimat ruang bagasi adalah dengan roll baju anda. Dengan cara ini, ruang bagasi anda kelihatan lebih besar dan dapat memuatkan lebih banyak baju. Kalau tak percaya, anda patut cuba!
4. Membuat salinan dokumen penting
Masa melancong ini memang banyak dokumen penting yang kita kena bawa sebagai contoh IC, Passport, tiket flight dan banyak lagi. Untuk memastikan dokumen itu selamat dan tidak dicuri, lebih baik anda scan dan simpankan dalam telefon. Tambahan lagi, e-melkan semua dokumen yang penting ke e-mel anda sendiri. Kalau nak lagi selamat, jangan lupa juga untuk cetak dokumen anda!
5. Aktifkan kad dan servis roaming telefon
Pastikan anda telah aktifkan kegunaan debit kad atau kredit kad anda untuk penggunaan antarabangsa. Jika tidak, anda tidak boleh melakukan sebarang transaksi di luar negara. Sama juga dengan penggunaan telefon, pastikan anda telah aktifkan roaming kalau anda tidak berniat membeli kad sim di luar negara.
6. Muat turun aplikasi Google Maps
Pastikan anda memuat turun aplikasi peta yang diiktiraf di negara yang anda hendak melancong. Tambahan lagi jika anda seorang backpacker, anda memang perlu rujukan peta untuk berjalan supaya tidak sesat.
Bukan itu saja, tips yang paling penting adalah gunakan kad kredit yang sesuai. Barulah trip pelancongan anda jadi berbaloi!
Nak tahu kenapa? Bagi kaki travel seperti anda, anda boleh berpeluang untuk menebus penerbangan, penginapan hotel, e-baucar, pulangan tunai dan banyak lagi tau!
Caranya senang saja. Anda hanya perlu menggunakan kad kredit yang menepati cita rasa dan gaya hidup anda.
Siri Kad Kredit CIMB Travel menawarkan pelbagai faedah termasuk penebusan penerbangan sebanyak RM1 sama dengan 1 Airline Mile atau Point!
Dengan berbelanja harian seperti biasa, anda dapat mengumpul Mata Bonus yang dapat ditukarkan menjadi duit. 400 Mata Bonus untuk RM1? Banyak tu! Perjalanan anda juga akan menjadi pantas dan mudah.
Sementara itu, pemegang kad juga mendapat akses percuma ke Plaza Premium First iaitu ruang istirahat lapangan terbang eksklusif yang unik dan Plaza Premium Lounge terpilih di seluruh dunia.
Yang lagi best, kedua-dua pemegang kad utama dan tambahan layak mendapat akses. Pemegang kad juga mendapat Pulangan Tunai sehingga RM80 untuk akses WiFi** dalam penerbangan.
CIMB menawarkan tiga jenis kad kredit, antaranya:
- Kad Kredit CIMB Travel Platinum
- Kad Kredit CIMB Travel World
- Kad Kredit CIMB Travel World Elite
1. Kad Kredit CIMB Travel Platinum
Siapa paling sesuai dengan kad ini?
Kad Kredit CIMB Travel Platinum sangat sesuai untuk bujang atau anak muda profesional yang menjalani gaya hidup aktif dan suka melancong. Mereka ini memang ada allocation untuk travel. Iyalah, masih muda kan?
Mata Bonus
- Dapatkan sehingga 5X Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan
- Nikmati nilai penukaran terbaik (400 Mata Bonus = RM1)
- Bayar dengan poin di mana-mana pedagang CIMB
Ganjaran melancong
- Akses ke lounge Lapangan Terbang Premium sehingga 4X
- Pemindahan lapangan terbang sehingga 2X
- Pulangan tunai sehingga RM30 untuk WiFi dalam penerbangan
Complete care
- Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta
- Perlindungan pembelian e-dagang sehingga USD 200 (RM896, 29 November 2022)
- Faedah Mastercard Travel and Lifestyle Services (MTLS) di lebih 3,800 hotel dan pusat peranginan di seluruh dunia
- Concierge lapangan terbang Mastercard
- Penginapan hotel percuma satu malam
- Bayar sekarang, pergi kemudian
2. Kad Kredit CIMB Travel World
Siapa paling sesuai dengan kad ini?
Kad Kredit CIMB Travel World sangat sesuai untuk pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak. Pengguna sentiasa mencari tawaran dan ganjaran terbaik untuk manfaatkan seisi keluarga.
Mata Bonus
- Dapatkan sehingga 8X Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan
- Nikmati nilai penukaran terbaik (400 Mata Bonus = RM1)
- Bayar dengan poin di mana-mana pedagang CIMB
Ganjaran melancong
- Akses ke lounge Lapangan Terbang Premium sehingga 12X
- Pulangan tunai sehingga RM50 untuk WiFi dalam penerbangan
- Percuma keahlian HoteLux Elite selama 12 bulan dan 1,000 mata HoteLux
- Penginapan empat malam percuma di hartanah Marriott Vacation Club yang mengambil bahagian di Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand
Complete care
- Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta
- Perlindungan pembelian e-dagang sehingga USD 200 (RM896, 29 November 2022)
- Perlindungan perubatan perjalanan termasuk insurans Covid-19
- Perlindungan kecurian ID Mastercard
- Faedah Mastercard Travel and Lifestyle Services (MTLS) di lebih 3,800 hotel dan pusat peranginan di seluruh dunia
- Concierge lapangan terbang Mastercard
- Limo lapangan terbang Mastercard disediakan oleh DragonPass
- Penginapan hotel percuma satu malam
- Bayar sekarang, pergi kemudian
3. Kad Kredit CIMB Travel World Elite
Siapa paling sesuai dengan kad ini?
Kad Kredit CIMB Travel World Elite sesuai untuk pengembara perniagaan yang kerap. Jika anda mempunyai jadual kerja yang sibuk, sentiasa bergerak dan mempunyai satu atau dua hotel dan syarikat penerbangan yang sering anda kunjungi semasa melancong, kad kredit ini akan membantu anda memaksimumkan poin, faedah dan ganjaran.
Mata Bonus
- Dapatkan sehingga 10X Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan
- Nikmati nilai penukaran terbaik (400 Mata Bonus = RM1)
- Bayar dengan poin di mana-mana pedagang CIMB
Ganjaran melancong
- Akses ke lounge Lapangan Terbang Premium sehingga 12X
- Pulangan tunai sehingga RM80 untuk WiFi dalam penerbangan
- Tiada caj tambahan untuk perbelanjaan luar negara
- Global data roaming oleh Flexiroam
- Percuma keahlian HoteLux Elite Plus selama 12 bulan dan 2,000 mata HoteLux
- Penginapan empat malam percuma di hartanah Marriott Vacation Club yang mengambil bahagian di Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand
Complete care
- Perlindungan insurans premium end to end travel sehingga USD500,000 (RM2240000, 29 November 2022)
- Pelindung dompet sehingga USD500 (RM2240, 29 November 2022)
- Perlindungan telefon mudah alih sehingga USD2,000 (RM8960, 29 November 2022)
- Perlindungan pembelian sehingga USD20,000 (RM89600, 29 November 2022)
- Perlindungan pembelian e-dagang sehingga USD 1,000 (RM4480, 29 November 2022)
- Perlindungan perubatan perjalanan termasuk insurans Covid-19
- Perlindungan kecurian ID Mastercard
- Faedah Mastercard Travel and Lifestyle Services (MTLS) di lebih 3,800 hotel dan pusat peranginan di seluruh dunia
- Concierge lapangan terbang Mastercard
- Limo lapangan terbang Mastercard disediakan oleh DragonPass
- Penginapan hotel percuma satu malam
- Bayar sekarang, pergi kemudian
- Digital Health Xtra dengan perundingan video percuma tanpa had, penghantaran ubat dan nasihat perubatan
- Nikmati koleksi tawaran eksklusif secara dinamik di lebih 50 destinasi dengan Special Priceless Mastercard
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web CIMB Bank.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!