Sukakan Keindahan Alam Semula Jadi & Kehijauan, Inilah Rumah Impian Yang Mungkin Anda Cari
Nature lover mesti suka kalau dapat beli kediaman di sini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh EcoWorld.
Tinggal di kediaman yang dikelilingi oleh alam semula jadi satu keperluan dan tarikan buat bila-bila masa
Satu kajian saintifik membuktikan bahawa meluangkan masa bersama alam semula jadi dapat memperbaiki tumpuan mental dan mengurangkan kemurungan dan tekanan selepas pulang dari kerja.
Justeru, apabila melangkah masuk ke dalam rumah atau kawasan kejiranan yang di kelilingi tanaman hijau dan ditemani bunyi burung yang berkicauan, pastinya dapat membangkitkan semula semangat sebelum meluangkan masa bersama keluarga.
Lihat video kawasan kediaman rumah di Eco Forest yang bercirikan alam semula jadi ini di bawah:
Pencinta alam pasti jatuh cinta dengan suasana kediaman di Eco Forest ini
Bagi yang sukakan suasana kehijauan, pasti anda inginkan rumah yang dikelilingi alam semula jadi yang indah bukan? Pilihan tepat untuk anda yang nature lover ini, mestilah kediaman di Eco Forest.
Eco Forest adalah satu projek perumahan terletak di Semenyih yang dibangunkan oleh EcoWorld, pemaju yang terkenal dengan rumah yang mempunyai susun atur terbaik, konsep perumahan yang penuh dengan inovasi dan persekitaran hijau yang cantik belaka.
Semua kawasan kediaman di Eco Forest ini dilengkapi dengan kemudahan keselamatan yang lengkap tau. Bukan setakat ada pintu masuk keselamatan yang besar, malah pengurusan keselamatan pun 24/7. Anda akan dijaga dengan baik kalau tinggal di sini.
Paling best, siap ada akses RFID, CCTV 360°darjah dan sudah tentu rondaan Polis Bantuan EcoWorld.
Eco Forest kini memperkenalkan Fasa Terakhir Perumahan Bertanah – BIRCHPARK!
Eco Forest sebenarnya tengah lancarkan Fasa Akhir Projek Perumahan Bertanah yang bernama BIRCHPARK. Inilah tempat paling sempurna untuk anda yang inginkan kediaman penuh kehijauan.
BIRCHPARK di Eco Forest menawarkan empat (4) jenis rumah yang memenuhi keperluan keluarga yang berbeza. Ia terdiri daripada Artisan Homes, Garden Homes, Co-Home dan Alfresco Homes.
Apakah keistimewaan bagi setiap jenis rumah yang ada di BIRCHPARK ini? Jom kita tengok.
- Garden Homes
Dengan gabungan konsep unik rumah teres dan semi-D, setiap unit di Garden Homes didatangkan dengan 10 kaki* private garden. Anda boleh guna private garden tu menjadikan ruang peribadi ikut kesukaan anda. Bagi anda yang suka bercucuk tanam bolehlah gunakan private garden ini sepuasnya.
Selain itu, setiap unit dilengkapi konsep anjung kereta tanpa pintu pagar. Boleh letak sehingga 6 buah kereta di depan rumah.
Ruang tamu dalam setiap unit di Garden Homes ini pula mempunyai reka bentuk yang terbuka dan cukup luas. Anda boleh buat gathering dengan keluarga dan rakan sepuasnya.
Guest room yang disediakan di tingkat bawah pula sesuai untuk golongan warga emas seperti datuk dan nenek atau tetamu anda untuk menginap. Paling best, bilik utama boleh muatkan almari pakaian peribadi idaman anda dan ia masih luas.
- Artisan Homes
Sesetengah orang suka renovate untuk meluaskan lagi ruang rumah. Maklumlah nak buat dekorasi dengan tema kesukaan. Setiap unit di Artisan Homes ini dah fully extended. Tak payah buat renovation apa-apa, lebih jimat!
Betapa luasnya rumah teres dua tingkat ini sampaikan anda boleh gunakan setiap inci rumah sepenuhnya. Bayangkan anda pasang TV dan set sofa bentuk L sekalipun, masih banyak ruang yang anda boleh guna.
Setiap unit mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik tidur dilengkapi dengan tingkap besar untuk pemandangan yang lebih baik dan udara segar. Jadi, anda tak perlu risau tentang pengudaraan dan cahaya matahari semula jadi.
- Co-Home
Kalau anda mempunyai keluarga sendiri, tapi pada masa yang sama nak jaga ibu dan ayah, unit di Co-Home memang pilihan tepat untuk anda. Privasi anda akan lebih terjaga di sini.
Co-Home adalah rumah inovasi dari EcoWorld berkonsep rumah teres 2 tingkat untuk 2 pemilik yang berbeza. Ia mempunyai reka bentuk yang sama, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat di atas. Bolehlah pilih untuk beli tingkat atas ataupun tingkat bawah.
Selain dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air, setiap unit di Co-Home didatangkan dengan 2 tempat letak kereta di hadapan rumah. Pada pendapat kami, rumah ini sesuai untuk anda yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga ingin tinggal dekat dengan ibu bapa.
- Alfresco Homes
Kadang-kala teringin juga nak buat barbeque bersama keluarga. Kalau dapat makan malam bersama pasangan di bawah cahaya bintang, memang romantik habis. Oleh sebab itulah, anda kena memiliki sebuah unit di Alfresco Homes.
Dilengkapi dengan halaman belakang rumah seluas 10 kaki* - 20 kaki*, anda boleh buat pelbagai aktiviti. Pilihan tepat buat mereka yang berkeluarga. Tak payah keluar rumah pun boleh bersuka ria bersama anak-anak di halaman. Seronok!
Setiap unit di Alfresco Homes turut dilengkapi konsep anjung kereta terbuka. Tak perlu risau kalau keluarga besar sekalipun, anda boleh letak 4 buah kereta di depan rumah.
Jadi, anda dah buat pilihan nak yang mana satu? Bagi kami, cita rasa setiap orang berbeza-beza. Oleh itu, terpulang pada anda inginkan rumah idaman dengan ciri yang bagaimana. Pada kami, semua kediaman di Eco Forest ini memang terbaik. Tak menyesal pilih!
Bagi anda yang sedang mencari cari pakej* rumah Idaman terbaik, anda boleh saja klik https://wa.link/070y9o untuk terus hubungi wakil jualan di Eco Forest.
Ataupun daftar masuk laman web https://bit.ly/ecoworld_ef_ss untuk lokasi EcoWorld pilihan anda. Impian anda untuk memiliki rumah idaman yang dipenuhi dengan suasana alam semula jadi dan kehijauan bakal direalisasikan di Eco Forest.
*Tertakluk kepada terma & syarat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!