seismik

Ini Antara Sumbangan Coca-Cola Malaysia Kepada Orang Yang Memerlukan Sempena Bulan Ramadan

Coca-Cola Malaysia sedia menyumbang kepada masyarakat.

Cover image via Coca-Cola Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Coca-Cola Malaysia. 

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang sering dinanti-nantikan khususnya bagi umat Islam

Selain umat Islam berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah puasa, kita juga disarankan untuk berbuat baik kepada orang ramai termasuklah bersedekah dan membuat kerja amal. 

Oleh sebab itu, kita sering lihat pelbagai pertubuhan yang sedia membantu golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga dengan Coca-Cola! 

Coca-Cola Malaysia bekerjasama dengan Muslim Aid Malaysia untuk salurkan pelbagai bantuan kepada yang memerlukan pada Ramadan kali ini. 

Coca-Cola Malaysia mempunyai pegangan dan falsafahnya yang dikenali sebagai "Coca-Cola Real Magic" pada bulan Ramadan ini. Memandangkan Ramadan adalah musim penting buat rakyat di Malaysia, Coca-Cola Malaysia ingin menyambut Ramadan kali ini dengan berkongsi Keajaiban Bersama.

Coca-Cola Malaysia sentiasa meletakkan orang ramai dalam hati mereka. Mereka tidak lupa untuk sentiasa mencari jalan dalam memperbaiki kehidupan orang yang berada di sekeliling mereka.

Sebenarnya, Coca-Cola Malaysia telah lama mengerjakan aktiviti amal dan berkolabarasi bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia sejak 10 tahun yang lalu.

Coca-Cola Malaysia amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membantu Muslim Aid Malaysia (bersama MYDIN dan Marry Brown) dalam meringankan beban mereka yang memerlukan.

Ini antara program yang dijalankan oleh Coca-Cola Malaysia sepanjang bulan Ramadan:

1. Fast2Feed bersama Muslim Aid

Program ini merupakan kerjasama antara Coca-Cola Malaysia dan Muslim Aid Malaysia yang diadakan pada 3 April hingga 27 April. 

Program ini merupakan program bantuan makanan dan pemberian duit raya kepada lebih 4000 orang yang memerlukan.

Pembahagian makanan Iftar dan duit raya ini akan diedarkan di lebih kurang 22 lokasi berbeza yang terletak di Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah.

2. Fast2Feed bersama Mydin & Marrybrown

Coca-Cola Malaysia berkolaborasi bersama Mydin untuk membawa lebih kurang 200 orang anak yatim (100 orang di Seremban dan 100 orang lagi di Tunjong) berbelanja sempena persiapan untuk raya.

Anak-anak tersebut dapat membeli-belah barangan untuk raya seperti baju raya, songkok, tudung, kasut bawah tajaan Coca-Cola Malaysia dan Mydin.

“Mydin percaya kolaborasi murni bersama kempen Syawal 2022 kami “Senyuman Syawal” akan bawa senyuman kepada semua yang kurang bernasib baik di Aidilfitri ini.”, kata Datuk Dr Ameer Ali, Pengarah Urusan, Mydin.

Datuk Ameer Ali Mydin (kiri), Managing Director, Mydin dan Louis Balat Joseph (kanan), Chief Executive Officer, Singapore, Malaysia, dan Brunei, Bottling Investments Group berbelanja barang keperluan Hari Raya bersama 100 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan

Image via Coca-Cola Malaysia

Selain shopping, Marrybrown juga akan menderma signature meal mereka, iaitu MB Nasi Lemak.

“Di Marrybrown, kami percaya bahawa hidangan dibuat untuk dikongsi oleh semua dan tiada cara yang lebih baik untuk menyambut Ramadan selain mengumpulkan orang ramai sambil menjamu selera. Kami benar-benar bersyukur kerana dapat menyumbang secara kecil-kecilan, menyediakan makanan kami kepada mereka yang memerlukan.” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, Marrybrown.

3. Fast2Feed di Masjid

Bukan setakat itu, Coca Cola Malaysia juga akan berkerjasama dengan masjid untuk mengadakan Iftar bersama-sama. 

Program itu akan dilaksnakan di Masjid Enstek dan Masjid Salak Tinggi. Program tersebut membolehkan para pekerja di sekitar kawasan itu berbuka puasa. 

Jangan lupa nikmati promosi Coca-Cola Malaysia sempena bulan Ramadan!

Caranya mudah saja, anda hanya perlu membeli minuman yang di kedai terpilih. Paling best, anda akan dapat minuman percuma dan barangan edisi terhad. Sementara stok masih ada!

Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik sini.

Berminat untuk memberi sumbangan dalam program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia? Layari sini.

Selamat menunaikan ibadah puasa!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022