Summer Fair Terbesar Watsons Kembali Lagi, Ini Produk Sun Care Pilihan Yang Boleh Bantu Lindungi Kulit Anda
Promosi ini akan berlangsung sehingga 26 Jun 2026.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cuaca Malaysia memang tidak boleh dipandang ringan. Panasnya terik, kelembapannya tinggi dan sinaran UV sentiasa ada walaupun kita tidak menyedarinya, menyebabkan kulit kita sentiasa terdedah setiap hari
Walaupun kita lebih banyak berada di dalam bangunan, sebenarnya kulit tetap terdedah kepada sinar UV. Sama ada ketika berulang-alik ke tempat kerja, keluar makan, atau duduk berhampiran tingkap di pejabat, kesannya tetap ada.
Sebab itu, penggunaan sunscreen kini bukan lagi sekadar untuk percutian atau ke pantai sahaja. Ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian.
Watsons kembali dengan Summer Shield campaign, lengkap dengan pelbagai tawaran menarik, ganjaran dan promosi untuk rangkaian sun care essentials

SPF harian kini sudah menjadi keperluan setiap hari, terutamanya kerana sinaran UV masih boleh memberi kesan kepada kulit sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan.
Masih tercari-cari sunscreen yang sesuai? Jangan risau, Watsons telah mengumpulkan beberapa pilihan produk sun care terbaik yang boleh disesuaikan dengan keperluan harian anda.
SPF harian untuk indoor lifestyle

Daripada bekerja berhampiran tingkap hingga menjalankan urusan harian di bawah matahari, kulit kita sebenarnya lebih kerap terdedah kepada sinaran UV tanpa kita sedari.
Berita baik, formulasi sunscreen hari ini jauh lebih selesa berbanding dahulu. Penggunaan SPF setiap hari tidak lagi terasa melekit atau tidak selesa.
Kini banyak sunscreen hadir dalam bentuk:
- Tekstur gel atau serum yang ringan
- Formulasi yang cepat meresap ke dalam kulit
- Tidak meninggalkan kesan berminyak
- Sesuai digunakan bersama solekan
- Membantu memberikan kelembapan tambahan kepada kulit
Jika anda sedang mencari SPF harian yang terasa seperti skincare, ini antara pilihan yang boleh dipertimbangkan:


Sesuai untuk: Hari bekerja di pejabat, gaya hidup indoor, rutin harian di bandar dan digunakan bersama solekan harian.
Tone-up sunscreen:
Tone-up sunscreen juga semakin popular kebelakangan ini, terutamanya bagi mereka yang mahukan perlindungan matahari sambil mendapatkan efek kulit yang lebih cerah serta-merta.
Setiap tona membantu menyelesaikan masalah kulit yang berbeza:
- Lavender membantu mencerahkan kulit yang kelihatan kusam
- Hijau membantu meneutralkan kemerahan pada kulit
- Merah jambu atau peach membantu kulit yang kelihatan lesu tampak lebih segar
Antara tarikan utama formulasi ini ialah kemampuannya untuk memberikan seri semula jadi pada kulit, mudah digunakan di sebalik solekan, serta membantu menyeragamkan tona kulit. Ia menggabungkan fungsi pembetulan tona wajah dan perlindungan SPF dalam satu langkah yang mudah.
Beberapa pilihan tone-up sunscreen yang boleh membantu mencerahkan kulit sambil memberikan perlindungan harian daripada sinaran UV:


Sun care mengikut keperluan kulit:
Untuk kanak-kanak:
Kulit kanak-kanak lebih sensitif dan mudah terkesan, sebab itu sunscreen yang lebih lembut dan selesa biasanya menjadi pilihan untuk kegunaan harian serta aktiviti luar seperti bermain.

Untuk aktiviti luar:
Jika anda ke pantai, melancong, mendaki, bersenam atau berada lama di bawah matahari, sebaiknya pilih SPF yang mempunyai:
- Perlindungan tahan peluh
- Formulasi tahan air
- Perlindungan UV yang lebih tahan lama

After-sun care:
Perlindungan kulit tidak berhenti setakat penggunaan sunscreen sahaja. Selepas terdedah lama kepada matahari, kulit kadangkala boleh menjadi kering, dehidrasi atau terasa panas.
Di sinilah produk after-sun care memainkan peranan untuk membantu:
- Menjadikan kulit lebih selesa selepas terdedah kepada matahari
- Menenangkan dan menyejukkan kulit
- Mengembalikan kelembapan kulit

Perlindungan kulit sensitif
Untuk kulit sensitif:
Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, sesetengah sunscreen mungkin terasa terlalu berat atau boleh menyebabkan iritasi. Sebab itu, banyak formulasi SPF baharu kini direka supaya lebih ringan, bebas pewangi dan lebih selesa untuk kegunaan harian.
Dapatkan perlindungan matahari harian yang juga sesuai untuk kulit sensitif:


Hidrasi & pemulihan skin barrier
Formulasi sunscreen hari ini bukan sekadar perlindungan UV asas. Banyak SPF moden kini turut diperkaya dengan bahan penjagaan kulit yang membantu:
- Meningkatkan kelembapan kulit
- Menyokong fungsi skin barrier
- Mengelakkan kulit daripada menjadi kering akibat terdedah kepada matahari
- Menjadikan kulit lebih selesa sepanjang hari
Kulit yang lembap juga membantu sunscreen berfungsi dengan lebih baik pada kulit:

Kempen Watsons Summer Shield tahun ini turut hadir dengan kejutan istimewa sempena Toy Story 5

Pelanggan yang berbelanja minimum RM80 untuk produk sun care terpilih (wajah dan badan) boleh menebus collectible plush Toy Story 5 secara percuma.
Promosi ini ditawarkan di dalam stor dan secara dalam talian, selagi stok masih ada.
Dengan filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 17 Jun, memang rugi kalau terlepas peluang untuk dapatkan koleksi comel ini!
Promosi Watsons Summer Shield berlangsung sehingga 22 Jun
Sama ada untuk ke pantai, lepak di kafe, atau rutin harian berulang-alik ke tempat kerja, SPF kini menjadi keperluan harian.
Jadi, pastikan anda sentiasa bersedia dengan stok sun care kegemaran anda di Watsons Summer Shield Fair, dengan tawaran eksklusif serta ganjaran menarik untuk produk pilihan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

