seismik

Sunway Resort Hotel Tawar Pengalaman Staycation Yang Menarik - "Best Luxury Family Resort"

Yang ada anak-anak kecil, mesti mereka akan paling suka!

Cover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik & Sunway Resort Hotel

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memori yang paling best mestilah bila dapat bercuti bersama keluarga. Betul tak?

Suasana yang meriah dan riuh itu memang akan dijadikan kenangan dan memori terindah. Bukan setakat itu, hubungan antara sesama keluarga juga dapat dieratkan lagi dengan pelbagai aktiviti dilakukan.

Tambahan lagi, di Malaysia ini sangat bertuah sebab kita ada banyak tempat-tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga!

Antara salah satunya adalah di Sunway Resort Hotel yang terletak di Sunway City, Kuala Lumpur.

Hotel ini menawarkan pengalaman unik dan luar biasa bagi pengunjung yang mahu mencari kelainan dalam mencari tempat staycation bersama keluarga tercinta dan bercuti di hotel bertaraf dunia.

Baru-baru ini, SEISMIK diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman staycation di Sunway Resort Hotel selama 3 hari 2 malam

Hotel ini menawarkan penginapan hebat untuk bilik tidur bagi yang berkeluarga, termasuk pelbagai kemudahan dan aktiviti menyeronokkan serta menghiburkan anak-anak kecil.

Bilik Waterventure Terrace yang baru ini menawarkan ruang seluas 45 meter persegi untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak, kemudahan mandian kanak-kanak, baju mandi dan selipar, serta teres yang memberikan akses langsung ke Waterventure.

Malah, setiap bilik di Sunway Resort Hotel kini dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk IPTV 55 inci, Wi-Fi percuma, langsir pintar, lampu malam bergerak, pengisi tanpa wayar, pancuran cahaya chromotherapy dan banyak lagi!

Sementara ibu bapa menikmati layanan eksklusif di Premium Leisure Lounge dengan hidangan teh petang percuma, anak-anak anda juga boleh bermain di Wonderland Explorers iaitu kelab kanak-kanak interaktif di mana mereka akan terlibat dalam permainan role-playing, sudut tenang dan bilik teknologi.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan menikmati sarapan pagi percuma yang lazat di Sunset Terrace, termasuk terdapatnya kawasan makanan kanak-kanak yang dikhaskan untuk mereka.

Dinobatkan sebagai pemenang anugerah "Best Luxury Family Resort in Kuala Lumpur" di 16th Annual Luxury Lifestyle Awards 2024

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Sunway Resort Hotel dinobatkan sebagai pemenang anugerah "Best Luxury Family Resort in Kuala Lumpur" di 16th Annual Luxury Lifestyle Awards 2024.

Sementara itu, Sunway Resort Hotel turut menawarkan aktiviti riadah dan kesihatan kepada kumpulan dewasa untuk menggunakan peralatan sukan di Kelab Kesihatan atau bersantai di kolam renang.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman menginap di Sunway Resort Hotel, jangan lupa untuk singgah makan di Black Tap Craft Burgers & Shakes, Gordon Ramsay Bar & Grill dan juga di Gordon Ramsay Street Pizza. Tidak lengkap rasanya percutian anda jika tidak singgah di ketiga-tiga restoran ini.

Tunggu apa lagi? Kalau anda teringin nak staycation bersama keluarga tercinta, jangan lupa check it out Sunway Resort Hotel ni okay :)

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini daripada Sunway Resort Hotel, anda boleh sahaja klik di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: