Suspek Kes Tembak Sekolah Thailand Sering Dibuli, Minat FBI & Senjata Api

Difahamkan, suspek menembak mati sekurang-kurangnya lima kakitangan sekolah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via France 24 & NST

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suspek kes tembak di Thailand dikatakan dilihat mahir mengendalikan senjata api ketika insiden berlaku

Menerusi laporan AFP, sekolah yang terlibat, Sekolah Menengah Debsirin Nonthaburi merupakan antara sekolah kerajaan paling berprofil tinggi di wilayah Nonthaburi, terletak di utara ibu negara Bangkok.

Pelajar, Purin Khumchoo berkata dia merasakan suspek adalah 'budak yang bermasalah' namun kelihatan 'sangat profesional' ketika mengacukan pistol ke arahnya di sekolah pada Jumaat.

"Kumpulan rakan saya yang mengenalinya berkata dia berminat dengan FBI dan senjata api, selain sering dibuli oleh pelajar lain," kata remaja berusia 17 tahun itu.

Purin berkata dia berasa tertekan dan sedih terhadap mereka yang terbunuh.

"Dua guru yang terbunuh itu sangat baik, dan ramai pelajar menjadi insan yang lebih baik kerana mereka," katanya.

Menurut pelajar tingkatan enam, Pakonkiat Sangchan memaklumkan dia sedang belajar ketika dia ternampak penembak itu berjalan menuju ke bangunan sekolah.

"Kawan saya mencadangkan supaya kami mula berlari, jadi itulah yang kami lakukan. Kami terus berlari," kata remaja berusia 17 tahun itu.

Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul memberitahu pemberita bahawa nenek suspek yang terbunuh pernah menjadi guru dan agak tegas terhadapnya dalam soal pelajaran.

SAYS.com
Image via AFP

Kejadian berlaku ketika suspek yang berusia 14 tahun memasuki sekolah mereka dengan membawa pistol milik datuknya

Menurut pihak berkuasa, suspek terlebih dahulu membunuh datuk dan neneknya di rumah mereka kira-kira 20 kilometer (12 batu) dari sekolah menggunakan senjata api yang sama.

Polis berkata, suspek kemudian membunuh diri selepas menembak mati seorang guru matematik, guru bahasa Thai, kaunselor bimbingan, pentadbir hal ehwal pelajar dan seorang setiausaha di sekolah berkenaan.

Thailand mempunyai antara kadar pemilikan senjata api tertinggi di rantau ini dan janji kerajaan sebelum ini untuk memperketatkan undang-undang senjata api tidak berjaya menghalang kejadian tembakan berulang.

Pawarisa Maylissa, pelajar tingkatan enam, berkata dia sedang mengikuti kelas komputer ketika gurunya memberitahu kelas mengenai kejadian tembakan yang sedang berlaku.

Mereka menutup pintu kelas, menguncinya dari dalam dan bersembunyi di antara meja, sebelum Pawarisa terdengar beberapa das tembakan.

"Saya tidak percaya bagaimana kanak-kanak sepertinya boleh mendapatkan senjata api. Saya agak bimbang kanak-kanak lain juga mungkin mempunyai senjata api," kata Pawarisa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: