“Baru Tahu Bulu Tangkis Ada 16 Bulu” - Lee Chong Wei Dedah Cara ‘Bodoh’ Mengorat Isteri
Alahai bersemutnya!
Siapa sangka dalam diam rupa-rupanya lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ini punyai sifat sweet yang tersendiri
Kisahnya, beliau memuat naik appreaciation post sempena ulang tahun perkahwinannya dengan isteri, Datin Wong Mew Choo di laman Instagram pada 10 November.
Di ruangan kapsyen, beliau sempat berkongsi detik-detik awal perkenalan mereka dan bagaimana dia akhirnya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama.
Baca di bawah:
"Ada satu ketika, lama dahulu, dia ada di sana. Kadang-kadang memandang saya, kadang-kadang buat tak tahu sahaja. Saya yang naif ini terlalu malu untuk meminta nombor telefonnya. Terlalu bodoh untuk mengetahui apa yang ada di dalam fikiran seorang wanita.
"Walaupun saya ini agak bodoh, tapi rakan sepasukan saya lagi teruk. Dia suruh saya 'petik' kelopak bunga untuk lihat jika dia (Wong Mew Choo) sukakan saya.
"Saya cakap tiada duit jadi saya disuruh petik bulu tangkis. Saya ikut. Baru saya tahu yang bulu tangkis ada 16 bulu," tulisnya.
Tambahnya lagi, dia adalah lelaki yang paling bertuah kerana berjaya memperisteri wanita idamannya
"Lebih dari 16 tahun berlalu, dia kini adalah ibu kepada dua orang anak lelaki saya. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh tahun isteriku.
"Saya adalah lelaki yang paling bertuah di muka bumi ini apabila kamu bersetuju untuk mengahwini saya. Maaf kerana tidak dapat bersama kamu sekarang kerana tuntutan kerja.
"Orang cakap saya bertuah kerana dah menang banyak gelaran. Tapi untuk saya, saya bertuah kerana dapat memenangi hati kamu," tulisnya.
Susulan itu, ramai yang memuji level sweet beliau serta bagaimana pasangan tersebut kekal romantik walaupun sudah lama berkahwin
Selain itu, netizen juga turut sama memberikan ucapan ulang tahun perkahwinan kepada pasangan tersebut