Syed Saddiq Dibebaskan Sepenuhnya, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Pendakwaan
Difahamkan, Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan Syed Saddiq Jun tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syed Saddiq sah dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan selepas Mahkamah Persekutuan tolak rayuan pendakwaan
Menerusi laporan Berita Harian, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Ia diputuskan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta, dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Tiada kesilapan undang-undang dikesan
Dalam penghakiman majoriti 2-1, dua hakim yang membarisi panel, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel hakim itu bagaimanapun membuat keputusan berbeza.
Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via