Sze Fei-Izzudin Tamatkan Penantian 18 Tahun, Rangkul Gelaran S1000 Juarai Terbuka Indonesia
Tahniah!
Cover image via VictorFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani cipta sejarah menjuarai Terbuka Indonesia selepas kali terakhir ia dimenangi beregu lelaki negara 18 tahun lalu
Menerusi laporan Harian Metro, pasangan beregu kebangsaan ini berjaya menewaskan gandingan Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin di hadapan ribuan penyokong tuan rumah di Istora Senayan.
Sze Fei-Izzuddin terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan apabila tewas di set pertama sebelum bangkit di set kedua dan ketiga mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 49 minit.
Ini merupakan kali kedua pasangan beregu tersebut merangkul kejuaraan di Indonesia tahun ini apabila muncul juara dengan menewaskan lawan yang sama pada Masters Indonesia di Istora Senayan, Januari lalu.

Rekod gelaran S1000 kali kedua
Sze Fei-Izzuddin kini menambah rekod gelaran S1000 peribadi mereka dengan kali pertama dimenangi dalam kejohanan Terbuka China pada tahun 2024.
Sebelum ini, kali terakhir pasangan beregu negara berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia adalah pada 2008 menerusi pasangan Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan.
Kemenangan kali ini juga merupakan penampilan final ketiga buat Sze Fei-Izzuddin selepas turut mara ke pentas akhir Masters Malaysia bulan lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


