seismik

Tabung Harapan Malaysia Cecah Lebih RM100 Juta Setelah Kurang Sebulan Pelancarannya

Tabung tersebut telah dilancarkan pada 30 Mei yang lalu.

Cover image via Kementerian Kewangan Malaysia

Kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi membantu ekonomi negara kini melebihi angka RM100 juta

Kementerian Kewangan melalui Facebook rasmi telah memberi kenyataan berkenaan jumlah kutipan terkini sebanyak RM108,215.946.39, berbanding lebih kurang RM92 juta semalam, 24 Jun.

"Terima kasih rakyat Malaysia," kata kementerian di media sosialnya itu.

Tabung itu diperkenal bagi orang ramai membantu ekonomi negara, terutamanya selepas kerajaan baru mendakwa mewarisi hutang lebih RM1 trilion dari Barisan Nasional yang memerintah Malaysia selama lebih enam dekad.

THM telah ditubuhkan pada Rabu, 30 Mei, dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Image via SAYS

Rakyat Malaysia masih boleh menderma kepada THM namun dinasihatkan supaya memeriksa nombor dan nama pemegang akaun sebelum mengesahkan transaksi.

Nombor akaun rasmi THM adalah 5660 1062 6452

Nombor akaun Maybank itu dengan nama pemegang akaun yang disenaraikan adalah ‘Tabung Harapan Malaysia’.

Image via SAYS

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: