Tahukah Anda, Ini 6 Negara Yang Dah Sah Layak Ke Piala Dunia FIFA 2030

Untuk rekod, Piala Dunia edisi 2030 bakal dianjurkan oleh Sepanyol, Portugal dan Maghribi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Weather & Cesar Olmedo/Reuters

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebaik sahaja Piala Dunia FIFA 2026 melabuhkan tirai, tumpuan kini terarah kepada edisi seterusnya pada 2030

Buat pertama kalinya, Piala Dunia akan datang bakal dianjurkan dalam tiga negara dari dua benua iaitu Sepanyol, Portugal dan Maghribi sebagai tuan rumah edisi 2030, turut disertai oleh tiga lagi negara iaitu Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Menerusi laporan Harian Metro, kejohanan tersebut turut menampilkan satu penambahan unik apabila tiga perlawanan pertama akan berlangsung di Amerika Selatan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Piala Dunia.

Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah bersetuju mengadakan sambutan istimewa di Montevideo, Uruguay, iaitu lokasi berlangsungnya Piala Dunia pertama pada 1930. Tiga perlawanan pembukaan Piala Dunia 2030 turut akan dimainkan di Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Edisi sulung Piala Dunia pada 1930 dianjurkan di Uruguay dan dimenangi pasukan tuan rumah selepas menewaskan Argentina pada final. Paraguay pula dipilih disebabkan menjadi lokasi ibu pejabat badan bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL.

SAYS.com

Pemain Uruguay, Federico Valverde

Image via Olympics

FIFA sebelum ini menjelaskan sebab pemilihan negara terlibat

FIFA memaklumkan pencalonan Maghribi, Portugal dan Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2030 dikemukakan oleh CAF dan UEFA.

"Pada masa sama, pencalonan Uruguay, Argentina dan Paraguay untuk sambutan ulang tahun ke-100 dikemukakan oleh CONMEBOL. Ketiga-tiga konfederasi itu menyokong keseluruhan cadangan pencalonan berkenaan.

"Bagi sambutan ulang tahun itu, tertakluk kepada proses bidaan yang berjaya dan kelulusan Kongres FIFA, perlawanan ulang tahun akan berlangsung di Montevideo, Uruguay sebagai pengiktirafan terhadap peranan Uruguay sebagai tuan rumah dan juara edisi 1930.

"Satu perlawanan akan berlangsung di Argentina sebagai pengiktirafan terhadap peranan mereka sebagai naib juara Piala Dunia 1930.

"Satu lagi perlawanan akan diadakan di Paraguay sebagai penghargaan terhadap peranan negara itu sebagai lokasi ibu pejabat CONMEBOL, konfederasi pertama dan satu-satunya yang wujud ketika edisi 1930," menurut FIFA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: