seismik

Tahukah Anda Semua Restoran Dalam Senarai Ini Milik Chef Terkenal Malaysia?

Inilah peluangnya untuk merasa resipi masakan chef-chef terkenal Malaysia.

Cover image via Venusbuzz.com

Ramai yang kenal chef selebriti di Malaysia. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu yang ada di antara mereka mempunyai restoran sendiri. Ikuti senarai di bawah:

1. Chef Wan - 1 Market

Image via Tumblr

Datuk Chef Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan, nama yang memang tidak asing lagi dalam dunia kulinari di Malaysia ini telah membuka sebuah restoran bufet halal di Singapura yang dikenali sebagai 1 Market.

1 Market merupakan restoran bufet yang berkonsepkan antarabangsa seperti makanan Jepun, Melayu, Cina, India dan Barat. Ia menyediakan menu yang pelbagai termasuklah sushi, laksa, mi wanton, dan ayam tandoori. Menu di 1 Market ini juga berubah dan berbeza-beza setiap hari.

blogspot.com

Pasti ramai yang fikir "Jauhnya restoran 1 Market, sampai ke Singapura". Tetapi, jangan risau. Khabarnya, Chef Wan bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia di pusat membeli-belah, IOI City Mall, Putrajaya. Selepas ini, bolehlah rasa menu masakan chef terkenal ini.

blogged.my

1 Market

Image via KgYummy Blogspot
Image via Kaimen Asia
Image via Yummy ChitChat
Image via Kaimen Asia

2. Chef Nik Michael - PickNik

Chef Nik Michael Imran mula dikenali selepas menyertai pertandiangan Masterchef Malaysia. Menjadikan bapanya, Datuk Nik Ezar Nik Bolia yang juga seorang chef sebagai inspirasi, Nik mula belajar memasak sejak berusia 15 tahun secara berperingkat-peringkat daripada bapanya.

blogspot.com

Chef Michael membuka sebuah restoran bernama PickNik yang menggunakan konsep dapur terbuka. Antara menu masakan restoran ini ada makanan Barat. Makanan yang terdapat di restoran ini adalah seperti Pasta, Lamb Steak dan Salmon. Ia juga menyediakan Nasi Lemak bagi menu masakan Malaysia. Restoran PickNik terletak di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

taufulou.com

Chef Nik Michael bersama ayahnya di hadapan PickNik

Image via Venusbuzz
Image via Tupai.com.my
Image via Venusbuzz

3. Chef Zubir - Laman Grill

Ramai yang mula mengenali Chef Zubir melalui rancangan ‘Masterchef Malaysia’. Walaupun tak mempunyai rancangan memasak sendiri, namun Chef Zubir mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang kulinari termasuk pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

blogspot.com

Chef Zubir memiliki restoran sendiri yang diberi nama Laman Grill. Laman Grill dibuka di dua tempat iaitu di Seksyen 13, Shah Alam dan juga di Taman Putra, Kajang. Jika ke Laman Grill, tentu sekali pelanggan akan mencuba pelbagai steak di restoran itu sebab Chef Zubir memang terkenal dengan kepakarannya dalam penyediaan steak. Selain itu, beliau juga membuka lagi satu cawangan di Wangsa Melawati yang dipanggil Wangsa Grill.

blogspot.com

Laman Grill

Image via Nota Nenek Mies Blogspot
Image via LamanGrill.com
Image via LamanGrill.com
Image via LamanGrill.com

4. Chef Ismail - Restoran Rebung

Chef Ismail memang terkenal dalam dunia masakan tanahair. Beliau merupakan pakar masakan Melayu dan kampung.

blogspot.com

Chef Ismail membuka restoran yang dikenali sebagai Restoran Rebung di Bangsar, Kuala Lumpur. Restoran ini dibuka bersama seorang lagi dikenali ramai iaitu angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Makanan di restoran ini tentu sekali masakan Melayu dan masakan kampung.

restoranrebungdatochefismail.com

Restoran Rebung

Image via Asilah Kassim Blogspot
Image via KL City Guide
Image via TravelFish.org

5. Chef Zam - Food Theory Kitchen

Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam adalah seorang lagi Chef selebriti yang sangat terkenal di Malaysia. Mendapat pendidikan dalam bidang Perhotelan dan Restoran dari Universiti Johnson & Wales Rhode Island di Amerika Syarikat. Selain menjadi Chef di kaca tv, Chef Zam juga berkongsi ilmu dengan menjadi pensyarah di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari di Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya.

blogspot.com

Beliau juga turut mengajar khursus kulinari di Silverspoon International College. "SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah” terang Chef Zam.

sinarharian.com.my

Selain mengajar khursus kulinari, Chef Zam juga membuka sebuah restoran yang diberi nama Food Theory Kitchen di Petaling Jaya. Antara menu yang terdapat di restoran tersebut termasuk Pasta, Spaghetti, dan Mee Kari.

blogspot.com

Food Theory Kitchen

Image via Facebook Food Theory Kitchen

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: