Tak Habis-Habis Isu Hutang 1MDB. Apa Yang Terjadi Sebenarnya?
Kontroversi berhubung isu jaminan hutang yang ditanggung 1MDB semakin lama semakin berlarutan. Apa kesudahannya?
Isu Ini Bermula Pada 6 November Lalu Apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan Mengeluarkan Kenyataan Di Parlimen Mengenai Jaminan Kerajaan Terhadap Hutang 1MDB
Apa Yang Tak Kena? Apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Bertanya Tentang Surat Sokongan Kerajaan Terhadap Hutang 1MDB, Ahmad Maslan Menjawab "Tidak Ada Surat Apa Semua."
Hansard Parlimen pada 6 November menunjukkan Ahmad hanya menyebut "tidak ada surat apa semua", apabila menjawab pertanyaan daripada Petaling Jaya Utara (DAP), Tony Pua berhubung sama ada wujudnya surat sokongan daripada kerajaan untuk hutang 1MDB.
themalaysianinsider.comSelain itu, Ahmad Maslan juga dilaporkan berkata, "satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada" yang turut mengundang kontroversi dikalangan ahli pembangkang.
harakahdaily.netDisebabkan Kenyataan Berkenaan, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli Berkata Ahmad Maslan Cuba Mengelirukan Dewan Dan Cuba Menyembunyikan Fakta Serta Perlu Dihadapkan Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen
Rafizi meminta Ahmad Maslan menjelaskan sama ada hutang 1MDB bernilai RM5.8 billion yang dijamin kerajaan mempunyi surat sokongan atau tidak.
harakahdaily.netRafizi juga menuntut agar Ahmad dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A.
freemalaysiatoday.com“Ia merupakan satu pembohongan dan mengelirukan dewan ini serta perlu dirujuk kepada jawatankuasa khas bagi kesalahan tersebut,” tegas Rafizi.
keadilandaily.comApa Sebenarnya Yang Dimaksudkan Ahmad Maslan Dengan Kenyataan "Tidak Ada Surat Apa Semua" Dan "Satu Lagi Yang Disebut Mengenai Letter Of Support Itu Sebenarnya Tidak Ada"? Baca Penjelasan Di Bawah:
Isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencetuskan kontroversi apabila PR mendakwa bukan saja kerugian malah kerajaan Malaysia menjadi penjamin kepada entiti tersebut.
themalaysianinsider.comDatuk Ahmad Maslan menerangkan kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu kekurangan enam perkataan.
Kenyataan "tidak ada surat apa semua" itu sebenarnya ialah "tidak ada surat jaminan lain apa semua." (dua perkataan tertinggal)
Manakala kenyataan "satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada" sepatutnya berbunyi, "satu lagi yang disebut mengenai letter of support yang memberi jaminan lain itu sebenarnya tidak ada." (empat perkataan tertinggal)
Kedua-dua kenyataan ini sebelum diperbetulkan akan memberi maksud bahawa tidak ada satu pun surat jaminan dari kerajaan yang mengatakan pihak mereka akan menanggung hutang 1MDB.
Bagaimanapun, selepas diperbetulkan, kedua-dua kenyataan ini sebenarnya membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia SELAIN terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion. Hutang selebihnya akan ditanggung oleh 1MDB sendiri.
Surat sokongan (letter of support) itu juga membawa maksud bahawa sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman yang lain, maka 1MDB perlulah menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut.
Jadi, kerajaan hanya menjamin hutang 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, bukan selebihnya seperti yang didakwa pihak pembangkang sebelum ini.
Ahmad Maslan Bagaimanapun Mengakui Kesilapan Beliau Yang Telah Menimbulkan Kekeliruan Dan Memohon Maaf Kepada Sidang Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Maslan hari ini (18 November 2014) membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekurangan enam perkataan.
"Saya dengan ini memohon maaf kepada Dewan. Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut yang menyebabkan salah faham. Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan Dewan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hambaNya," kata Ahmad Maslan.
Rafizi Dan Ahmad Maslan Diberi Peluang Mengemukakan Hujah Masing-Masing Berhubung Perkara Itu Di Dalam Dewan Rakyat. Akhir Sekali, Apa Keputusannya?
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Memutuskan Untuk Menolak Usul Yang Dikemukakan Rafizi Untuk Mengheret Datuk Ahmad Maslan Kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan mengelirukan dewan.
Menurut beliau, Ahmad sudah mengakui bahawa dirinya tidak berniat untuk mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan berkenaan surat sokongan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
“Keputusan Saya Adalah, Tidak Perlu Untuk Dibahas Dan Dirujuk Timbalan Menteri Kewangan Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Kerana Beliau Tidak Berniat Untuk Mengelirukan Dewan," Kata Speaker
"Bagi membolehkan seseorang itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu fakta dan penjelasan yang salah untuk mengelirukan Parlimen. Selain itu, kriteria yang akan diambil kira ialah tiada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk membetulkan kesilapan selepas melakukannya," kata Pandikar Amin.
Setelah mendengar penjelasan yang diberikan Ahmad berhubung isu berkenaan, dan berdasarkan situasi di mana beliau perlu menjawab banyak soalan secara spontan pada ketika itu, Speaker berpandangan bahawa timbalan menteri itu tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.
Dalam Perkembangan Terbaru, Tony Pua Berkata Rakyat Malaysia Mungkin Terpaksa Membayar Lebih Untuk Bekalan Elektrik Dalam Tempoh Beberapa Tahun Bagi Membantu Melangsaikan Hutang 1MDB Berjumlah RM42 Bilion
"Sebuah akhbar perniagaan melaporkan 1MDB boleh jadi diberi dua lagi kontrak IPP tahun depan. Apabila saya bertanya menteri tentang kadar tarif bagi ketiga-tiga kontrak, beliau berkata, ia masih belum ditetapkan. Bagaimana boleh setuju dengan kontrak itu kalau tarifnya sendiri belum ditetapkan?" soal Pua.
"Kadar tarif elektrik yang tinggi akan membolehkan 1MDB mendapatkan wang bagi membantu membayar hutangnya," kata Pua. Jadi, pada dasarnya ia 'bailout' awam. Orang ramai harus membantu 1MDB menjana pendapatan dengan membayar kadar elektrik yang lebih tinggi supaya ia dapat membayar hutangnya," jelas Tony Pua.